Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Oktober 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Oktober 2026.

Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Oktober 2026.

  1. Pemandu BYD didakwa pandu berbahaya sebabkan kematian Asiah

    Pemandu kereta BYD Seal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan, termasuk memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Sabtu minggu lalu.

  2. Rakan sekelas didakwa bunuh Irene Sofiya

    Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini, atas pertuduhan membunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, awal bulan ini.

  3. Laporan awal siasatan nahas helikopter Long Lellang dibentang kepada Kabinet esok - Loke

    Laporan awal siasatan nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang mengorbankan lima nyawa termasuk empat petugas kesihatan di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada 8 Sept dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri esok.

  4. 14 lelaki didakwa bunuh remaja di Gurun

    Kesemua mereka didakwa membunuh Muhammad Haikal Mohd Shahrilnizam, 19, antara 9 malam 5 Okt dan 7.30 pagi 8 Okt di Jalan Sungai Petani, di Gurun.

  5. Pengerusi PERDA mengaku tidak bersalah terhadap 15 pertuduhan rasuah

    Datuk Dr Shaik Hussein Mydin membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

  6. Malaysia 'berlembut' atasi jerebu? Kerajaan sudah lakukan sedaya mungkin - PM Anwar

    Anwar menegaskan kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menyelesaikan masalah jerebu yang semakin membimbangkan rakyat Malaysia.

  7.  6,363 permohonan kewarganegaraan masih dalam pertimbangan - KDN 

    Sebanyak 6,363 permohonan kewarganegaraan masih dalam proses pertimbangan bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 30 September lalu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

  8.  IMF ramal pertumbuhan KDNK Malaysia 5.2 peratus pada 2026, 4.7 peratus pada 2027 

    Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang 5.2 peratus pada 2026 sebelum menyederhana kepada 4.7 peratus pada 2027, di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi serantau, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

  9. Cadangan hadkan tempoh jawatan PM dibincang dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja

    Cadangan pindaan Perlembagaan berkaitan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri serta pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya menjadi antara perkara utama yang dirunding dan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273.   

  10. Jerebu: Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik minggu depan ditangguhkan - KPM

    Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, perkara itu diputuskan selepas mengambil kira kebimbangan ibu bapa dan penjaga terhadap tahap kesihatan serta keselamatan anak-anak, khususnya murid yang perlu hadir ke sekolah untuk menduduki pentaksiran berkenaan.

Must Watch Video

Advertisement