ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 21 Jun 2020.
1) COVID-19: 16 kes baharu, tiada kematian
Kes baharu COVID-19 di negara ini kekal merekodkan dua digit dengan 16 kes dikesan setakat pukul 12 tengah hari, pada Ahad.
2) 20 individu ditahan ingkar arahan PKPP
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 20 individu atas kesalahan melanggar dan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Sabtu.
3) PKPP: Upacara perkahwinan penganut bukan Islam di rumah ibadat kini dibenarkan - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju untuk membenarkan upacara perkahwinan bagi penganut bukan Islam di rumah ibadat dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
4) Pemandu mabuk: Cadangan pinda Akta Pengangkutan 1987 minggu depan
Memorandum cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk serta memandu di bawah pengaruh dadah (DUI) akan dibentangkan kepada Kabinet minggu hadapan.
5) Bersatu Terengganu minta Tun M, Anwar berehat rebut jawatan PM
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Terengganu menyarankan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 'berehat' daripada berebut jawatan sebagai perdana menteri.
6) Chini Memilih: Suasana tenang berkempen cara normal baharu
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini melihatkan pendekatan normal baharu dalam kempen yang dijalankan oleh setiap calon.
7) Hari Bapa lebih meriah dengan Tik Tok
Sempena Hari Bapa yang diraikan pada Ahad, media sosial mula dibanjiri ucapan untuk bapa, ayah, abah, daddy, papa, abi sejak tengah malam tadi.
8) Banjir di Johor: 1,210 mangsa terjejas di lima daerah
Seramai 1,210 orang daripada 288 keluarga di lima daerah di negeri ini terjejas akibat banjir setakat 8 pagi ini berikutan hujan lebat yang berlarutan selama beberapa jam semalam.
9) Gerhana matahari separa di Malaysia tetap jadi fenomena meskipun sewaktu PKPP
Meskipun tidak digalakkan berkumpul untuk menyaksikan gerhana matahari separa menggunakan teleskop seperti tahun-tahun sebelum ini, fenomena itu tetap mendapat sambutan hangat di Malaysia.
10) Gaduh rebut tapak perniagaan, polis buru lima lelaki
Polis sedang memburu lima lelaki disyaki terlibat dalam pergaduhan di tapak perniagaan berhampiran Surau Al-Amin, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Astro Awani
Sun Jun 21 2020
Ikuti berita dalam negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 21 Jun 2020.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Seorang lelaki yang videonya tular membuat provokasi dengan memandu kereta secara berbahaya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.
Penunggang motosikal terbunuh dilanggar lori berundur secara tiba-tiba
Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas sebuah lori yang sedang mengisi petrol tiba-tiba berundur dan melanggar mangsa dalam kejadian di Jalan Kerinchi menghala Jalan Pantai Baru.
Murid langgar polis dikenakan bon berkelakuan baik, lesen digantung 5 tahun
Kesalahan dilakukan pada 28 Julai lalu di Kilometer 36 arah Selatan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) ketika pelajar tersebut menunggang motosikal secara melawan arus.
Kanak-kanak 7 tahun maut, motosikal dinaiki bersama ibu bapa dilanggar
Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terbunuh selepas motosikal dinaiki bersama ibu dan bapanya terabit nahas dengan sebuah kereta di Lebuhraya Bukit Jalil, Jumaat lalu.
Wanita maut, dua cedera parah kemalangan babitkan tiga kereta
Seorang wanita maut manakala dua penumpang kereta dipandunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta berhampiran sebuah kedai keropok losong di Jalan Kadok, Ketereh.
Polis Johor rampas 27,200 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM78,880
Polis Johor menahan dua lelaki dan merampas 27,200 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM78,880 dalam pemeriksaan di kawasan Seelong, Senai.
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
Murid tahun satu maut, abang dan rakan parah dalam kemalangan
Seorang murid lelaki Tahun Satu maut manakala abangnya serta seorang rakan mereka cedera parah selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah van di Kampung Charok Putih di sini, petang tadi.