Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 24, 2020 15:15 MYT
Julai 24, 2020 15:15 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 24 Julai 2020.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketiga-tiga kluster ini merupakan penularan di dalam negara yang telah berpunca daripada kes import. Tiga kluster baharu itu adalah Kluster Elsa, Kluster PUI Ramnad dan Kluster PUI AI Khobar.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat merekodkan 21 kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah 8,861 kes.
Seorang pengusaha restoran di Jalan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, Ipoh kecewa apabila menjadi 'mangsa' gara-gara ada pihak menuduh premis makanannya adalah kafe yang dikunjungi seorang wanita yang dikuarantin kerana COVID-19 atau lebih dikenali dengan 'makcik gelang pink'.
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menahan 227 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam 65,434 pemeriksaan pada Khamis.
Doktor wanita berusia 28 tahun itu ditahan dalam ‘Ops Mabuk’ yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi ketika satu sekatan jalan raya di Jalan Pantai Tengah, Pandang Matsirat, kira-kira jam 12 tengah malam.
Dua lelaki termasuk seorang warga tempatan ditahan selepas disyaki menjadi pelanggan dalam satu kes bapa merogol dan melacur anak kandungnya.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sehubungan itu, kementeriannya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Luar Negeri pada Isnin depan bagi memperincikan wilayah-wilayah itu.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik penyelesaian yang ditawarkan pihak Goldman Sachs berjumlah AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) seperti yang diumumkan Kementerian Kewangan hari ini.
Pasangan YouTuber masakan terkenal, Sugu Pavithra mahu menjalani kehidupan di masa hadapan seperti orang biasa. Menurut S Pavithra, mereka tidak mahu lagi dikenali sebaliknya hanya mahu menumpukan perhatian kepada keluarga.
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 4 sen manakala diesel pula turun 5 sen berkuat kuasa 25 hingga 31 Julai ini.
#1MDB
#Astro Awani
#berita tempatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#Muhyiddin Yassin
#Nancy Shukri
#Noor Hisham Abdullah
#pelancongan
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#petrol
#PKPP
#Polis Diraja Malaysia