awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung Etna meletus, abu tebal cetus amaran penerbangan
Polis Delhi tahan ratusan individu dalam operasi keselamatan menjelang Tahun Baharu
Iran sedia berdepan ‘perang habis-habisan' dengan Barat - Presiden Masoud Pezeshkian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2020
15:54 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita luar negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 18 September 2020.
1) COVID-19: Kes baharu kembali melonjak, satu kematian direkodkan di Sabah
Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kembali melonjak kepada 95 kes berbanding 21 kes pada hari sebelumnya.
2) Bukan hanya merah jambu, gelang kuarantin ada lima warna - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan gelang tangan atau tag kuarantin COVID-19 tidak hanya berwarna merah jambu, sebaliknya terdiri daripada lima warna berbeza.
3) COVID-19: Masuk ke Sarawak dari Sabah perlu jalani ujian saringan
Berkuatkuasa mulai Isnin, 21 September 2020, semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang ingin memasuki Sarawak dari atau melalui Sabah perlu membuat ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum memulakan perjalanan.
4) COVID-19: MB Kedah bukan dalam senarai kontak rapat
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah memaklumkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor tidak termasuk dalam senarai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19.
5) PKPP: 101 ditahan, ini lima perkara penting kenyataan Ismail Sabri hari ini
Seramai 50 individu yang gagal memakai pelitup muka dan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah antara 101 individu yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pada Khamis.
6) Bunuh rakan, empat sahabat termasuk dua beradik ke tali gantung
Mahkamah Tinggi Melaka hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap empat sahabat termasuk dua beradik selepas didapati bersalah membunuh seorang kenalan mereka, tujuh tahun lalu.
7) Tiada pengumuman rasmi kebenaran menunaikan umrah - Zulkifli
Tiada sebarang pengumuman rasmi dari Kerajaan Arab Saudi berhubung kebenaran menunaikan umrah setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
8) Miliki bahan lucah kanak-kanak, mekanik dihukum penjara 72 bulan
Seorang mekanik sambilan dihukum penjara 72 bulan dan denda 10 ribu ringgit di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan, iaitu memiliki imej dan video pornografi kanak-kanak; dann memiliki imej dan video lucah kanak-kanak yang disimpan dalam alat peranti.
9) Mangsa keracunan gas karbon monoksida belum tunjuk perkembangan positif
Seorang lagi mangsa yang mengalami keracunan karbon monoksida ketika berehat dalam kereta dekat stesen minyak di Sama Gagah, Bukit Mertajam baru-baru ini masih belum menunjukkan perkembangan positif.
10) Anak, isteri maut selepas treler dipandu suami hilang kawalan
Dua beranak maut selepas kenderaan treler muatan tiang besi itu hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di Kilometer 20 Jalan Keramat Pulai, di sini pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#KBS
#KKM
#Menteri Besar
#Muhammad Sanusi Md Nor
#PDRM
#PKPP
#Polis Diraja Malaysia
#RON95
#RON97
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan