ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 22 September 2020.
1) Suami isteri mungkin mula bergaduh apabila moratorium berakhir - Pakar psikologi
Tempoh bayaran moratorium yang bakal tamat pada akhir September mungkin menjadi permulaan punca pergaduhan antara suami isteri yang kesempitan wang.
Pakar Psikologi Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor berkata, situasi itu juga boleh mempengaruhi individu yang belum berkahwin dan perlu membiayai kehidupan seharian termasuk sewa rumah dan kenderaan.
2) Pekebun durian didakwa bunuh, kerat teman wanita
Seorang pekebun durian didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan membunuh dan mengerat mayat teman wanitanya yang merupakan warga Indonesia, awal bulan lalu.
Tertuduh Loh Kui Khong, 54, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Teoh Shu Yee dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.
3) Bongkah konkrit hempap kereta: Kementerian tunggu laporan siasatan CIDB
Kesilapan rekaan dan aspek pemantauan adalah antara perkara yang diteliti Kementerian Kerja Raya berhubung kejadian bongkah konkrit terjatuh menghempap sebuah kereta di Projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara berkenaan sedang disiasat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
4) Mana belas ihsan? Video lelaki hempas kucing tular di media sosial
Lagi kekejaman manusia terhadap haiwan! Terbaharu, sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki bertindak menzalimi seekor kucing tular di media sosial.
5) Polis buru suspek samun jurujual kedai emas di Lebuhraya Besraya
Polis sedang mengesan suspek satu kejadian samun yang tular dalam media sosial pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin, pihaknya turut menerima satu laporan polis yang dibuat oleh mangsa pada jam 6.20 petang Isnin (21 September).
6) Dua maut kemalangan kereta dan treler dekat Sitiawan
Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan treler di Jalan Teluk Intan-Sitiawan berhampiran Kampung Kayan di Sitiawan, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Zaibidi Muhi, 40 tahun, dan Mohd Raimi Rustam, 34 tahun, yang menaiki Proton Wira dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
7) Wanita dengan tag merah jambu di Temerloh tiada kaitan COVID-19
Jabatan Kesihatan Pahang hari ini mengesahkan bahawa wanita yang memakai tag merah jambu di sebuah restoran popular di Temerloh baru-baru ini, bukan pesakit atau sedang menjalani arahan kuarantin berkaitan pandemik wabak COVID-19.
Pengarahnya Datuk Dr Bahari Awang Ngah berkata wanita itu sebenarnya adalah bekas pesakit Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di Temerloh dan dipercayai singgah ke restoran itu bersama ahli keluarganya sebaik sahaja dibenarkan keluar.
8) Pakai 'gelang pink' untuk 'prank'? Kerajaan serah kepada polis - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa mana-mana individu yang memakai gelang merah jambu gara-gara untuk tujuan gurauan (prank) boleh dianggap melakukan kesalahan.
Ismail Sabri berkata individu berkenaan membuat kesalahan kerana mempunyai niat untuk menipu orang ramai.
9) Kluster Bangau-Bangau dikesan, ini lima tumpuan sidang media Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan satu kluster baharu COVID-19 dilaporkan di Semporna, Sabah iaitu Kluster Bangau-Bangau.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 168 kes pulih COVID-19 hari ini dengan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 9,563 kes
10) Bekas kakitangan kerajaan hidup mewah jual barangan tiruan ditahan
Rahsia hidup mewah seorang bekas penjawat awam yang turut memiliki beberapa kenderaan mewah akhirnya terbongkar apabila dia disyaki menjadi pembekal utama barangan tiruan di sekitar daerah Manjung selepas ditahan menerusi Ops Tiru dan Ops Jeriji semalam.
Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Manjung Wan Muhammad Badro Wan Mahmood berkata kegiatan lelaki berumur 31 tahun itu dikesan hasil serbuan ke atas empat premis perniagaan serta sebuah stor pada kira-kira 2 petang.
Khairunnisa Kasnoon
Tue Sep 22 2020
Berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 November 2024.