ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 11 Oktober 2020.

1) COVID-19: 561 kes baharu dilapor, 488 daripadanya jangkitan di Sabah

Sejumlah 561 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini di Malaysia sekali gus menjadikan kumulatif kes positif virus itu adalah 15,657 kes.

2) Lima kluster baharu antara tumpuan sidang media KP Kesihatan hari ini

Lima kluster baharu dilaporkan seiring 561 kes yang direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata majoriti kes jangkitan adalah di Sabah.

3) Dua kakitangan TM positif COVID-19

Telekom Malaysia Berhad (TM) sahkan dua kakitangannya positif COVID-19.

Menurut TM, kedua-dua kakitangan itu didapati positif di dua pejabat yang berbeza.

4) COVID-19: Semua sekolah dalam zon merah di daerah Petaling diarah tutup bermula esok

Semua 298 sekolah yang berada dalam kawasan zon merah COVID-19 di Petaling, Selangor diarah tutup selama dua minggu bermula esok.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan media pada Ahad memaklumkan, sekolah yang terlibat termasuk sekolah swasta.

5) PKPD di Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih 

Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan kawasan Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih di daerah Lahad Datu, Sabah.

6) COVID-19: Staf positif, Bangsar Shopping Centre pula ditutup sementara 

Pusat beli-belah, Bangsar Shopping Centre (BSC) di sini akan ditutup buat sementara waktu selepas salah seorang pekerja di sebuah kedai jualan penjagaan kulit disahkan positif COVID-19.

7) Permaisuri Johor kurnia elaun kepada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor 

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan mengurniakan elaun bulanan baginda kepada dana pentadbiran Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ)

8) Pemandu Myvi putih rempuh dua kereta positif dadah

Pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi, pada Sabtu didapati positif dadah.

9) Mayat berbungkus ditemui di tepi lebuh raya

Mayat yang telah dibungkus dengan plastik telah ditemui di tepi Lebuhraya Rawang–Serendah, Selangor petang tadi.

10) Idris Jusoh buat laporan polis nafi sokong Anwar 

Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh hari ini membuat laporan polis bagi menegaskan yang beliau tidak memberikan sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri seperti yang didakwa sesetengah pihak.