MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 21 Oktober 2020.
Pemandu e-hailing yang sedia tertekan dengan situasi semasa kini makin 'tenat' selepas arahan terbaharu kerajaan agar lebih ramai kakitangan bekerja dari rumah (WFH) yang bermula pada Khamis.
Waktu bekerja di pejabat dari 10 pagi sehingga 2 petang di pejabat di negeri yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilihat terlalu singkat dan memudaratkan pekerja.
Kerajaan negeri Selangor menyifatkan pemberian diskaun atau rebat kepada pengguna yang terjejas akibat gangguan air tidak akan dapat menyelesaikan masalah pencemaran yang berlaku di negeri itu.
Syarikat dron yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor untuk memantau aktiviti pencemaran sumber air di negeri itu mempunyai prestasi yang baik di peringkat antarabangsa.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor akan memfailkan saman fitnah ke atas dua pemimpin pembangkang yang mendakwa beliau membeli kenderaan itu untuk kegunaan peribadi.
Sebanyak 732 kes baharu telah dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 22,957 kes.
Kerajaan mengumumkan dua lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pulau Pinang dan Sabah.
PKPD di Penjara dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai akan bermula 22 Oktober sehingga 4 November 2020.
Pekerja yang bekerja di zon merah digalakkan untuk menjalani ujian calitan atau swab test COVID-19.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah untuk memastikan pengesanan awal jangkitan itu bagi mengelakkan wujudnya kluster baharu di tempat kerja.
Bilangan kes positif COVID-19 di daerah Kota Kinabalu dijangka akan meningkat secara mendadak bermula esok.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata ia susulan saringan kes yang melibatkan banduan dan kakitangan di Kompleks Penjara Kota Kinabalu di Kepayan.
Seorang pengawal keselamatan tidak sempat menghantar barangan makanan ke rumahnya selepas terlibat dalam kemalangan di Batu 5 Langgar, di sini petang tadi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami