KOTA KINABALU:Bilangan kes positif COVID-19 di daerah Kota Kinabalu dijangka akan meningkat secara mendadak bermula esok.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata ia susulan saringan kes yang melibatkan banduan dan kakitangan di Kompleks Penjara Kota Kinabalu di Kepayan.
"Kluster baru yang kita kenali sebagai Kluster Kepayan ini, kes positif melibatkan kluster ini akan meningkat secara mendadak bergantung kepada ujian COVID-19 banduan yang berada di penjara Kepayan.
"Mengikut laporan awal dan kajian yang dibuat kalangan banduan, hampir 60 peratus setakat ini adalah positif.
"Jumlah banduan tempatan di penjara terbabit seramai 2,700 orang dan selepas semua disaring dan sekiranya kes positif tinggi maka ia secara langsung akan menyumbang kepada peningkatan kes yang tinggi di Kota Kinabalu," katanya dalam sidang media harian di Kota Kinabalu pada Rabu.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
BACA: Lapan kluster baharu dikesan, terbanyak dalam tempoh 24 jam
Jelasnya, Jabatan Kesihatan memberi fokus sepenuhnya kepada kluster terbabit dan ujian sedang giat dijalankan termasuk yang melibatkan keluarga kakitangan yang bertugas di penjara terbabit.
Masidi turut memaklumkan empat kluster baharu termasuk satu kluster yang belum dinamakan melibatkan pekerja cari gali.
Kluster tersebut adalah Kluster Basung, Kluster Inai dan Kluster Tempayan.
"Saya telah dimaklumkan dengan kewujudan kluster ini dan ia belum dinamakan dan hasil saringan yang dilakukan ke atas 29 pekerja cari gali terbabit 25 daripada mereka telah disahkan positif COVID-19," katanya.
Pada Selasa, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Sabah adalah sebanyak 535 kes dengan lima kematian.
Secara keseluruhan, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sabah adalah sebanyak 9,290 kes dan seramai 3,705 pesakit dilaporkan telah sembuh.
Manakala, seramai 5,513 pesakit sedang menerima rawatan dalam wad di seluruh Sabah.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Wed Oct 21 2020
Bilangan kes positif COVID-19 di daerah Kota Kinabalu dijangka akan meningkat secara mendadak bermula esok. - Gambar fail/BERNAMA
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
COVID-19: Kes positif di Sabah dijangka meningkat mendadak esok - Masidi
Datuk Seri Masidi Manjun berkata ia susulan saringan kes yang melibatkan banduan dan kakitangan di Kompleks Penjara Kota Kinabalu di Kepayan.