Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Madiha Abdullah
Oktober 25, 2020 15:36 MYT
Oktober 25, 2020 15:36 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 25 Oktober 2020.
Seorang ahli jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tuaran disahkan meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 pada Jumaat.
Walaupun pernah dikecam dan dipersendakan kerana positif COVID-19 pada awal Oktober lalu, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengambil pendekatan memaafkan semua pihak.
Semua ahli politik kerajaaan dan pembangkang perlu terbuka dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi sama-sama mengatasi masalah yang membelenggu negara ketika ini.
Parti Amanah Negara (Amanah) menjunjung kasih keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja yang menolak permohonan untuk Pengisytiharan Darurat.
Sebanyak 823 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini dengan hampir 65 peratus daripadanya membabitkan jangkitan di Sabah.
Sembilan lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikannya jumlah tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia buat masa ini.
Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai sepenuhya selepas Al-Sultan Abdullah berangkat meninggalkan Istana Negara pada jam 6.06 petang pada Ahad.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berdoa semoga Allah memberkati kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan serta melindungi negara daripada ancaman individu yang tamak dan gila kuasa demi kepentingan peribadi.
Kekerapan perkhidmatan tren LRT, MRT dan monorel akan dikurangkan mulai esok sehingga arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan ke atas Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berakhir.
Sekolah Agama Taman Cempaka dan Sekolah Agama Kempas di bandar raya ini diarah tutup selama seminggu mulai hari ini sehingga 31 Oktober susulan kes terbaharu COVID-19 di kawasan berkenaan.
#berita pilihan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
#perintah kawalan pergerakan
#kesihatan
#COVID-19
#Malaysia
#kerajaan
#pembangkang
#Yang di-Pertuan Agong
#politik