JOHOR BAHRU:Sekolah Agama Taman Cempaka dan Sekolah Agama Kempas di bandar raya ini diarah tutup selama seminggu mulai hari ini sehingga 31 Oktober susulan kes terbaharu COVID-19 di kawasan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata penutupan kedua-dua sekolah berkenaan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Sebuah sekolah ditutup berikutan seorang murid darjah khas disyaki terkena jangkitan daripada ibunya yang positif COVID-19. Murid berkenaan telah menjalani ujian swab dan sedang menunggu keputusan ujian manakala sebuah lagi sekolah disaran tutup oleh KKM," katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini, hari ini.
Beliau berkata penutupan Sekolah Agama Taman Cempaka membabitkan seramai 1,072 murid dan 17 guru manakala Sekolah Agama Kempas membabitkan 1,790 murid dan 26 guru.
Sementara itu di KOTA BHARU, Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan semua surau dan masjid di seluruh negeri Kelantan menangguhkan aktiviti kuliah-kuliah agama, berkuat kuasa serta merta hari ini.
Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, penangguhan sehingga 27 Oktober itu termasuk kuliah Subuh, kuliah Maghrib, kuliah Dhuha dan kuliah-kuliah lain dan juga kelas-kelas al-Quran.
Beliau berkata perkara itu turut mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang juga sebagai Ketua Agama Islam mengikut peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan bagi penangguhan kuliah-kuliah agama di masjid seluruh negeri ini.
"Tindakan ini diambil memandangkan berlaku peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara termasuk di Kelantan sejak akhir-akhir ini. Bagaimanapun, solat fardhu dan solat sunat boleh dilaksanakan seperti biasa dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 25 2020
Penutupan Sekolah Agama Taman Cempaka membabitkan seramai 1,072 murid manakala Sekolah Agama Kempas membabitkan 1,790 murid. -Gambar fail
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
COVID-19: Sekolah Agama Taman Cempaka, Sekolah Agama Kempas ditutup seminggu
Sekolah Agama Taman Cempaka dan Sekolah Agama Kempas di bandar raya ini diarah tutup selama seminggu mulai hari ini sehingga 31 Okt, susulan kes terbaharu COVID-19 di kawasan berkenaan.