MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 29 Oktober 2020.
Malaysia mencatatkan sebanyak 649 jangkitan baharu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara kini ialah 30,090 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster tersebut ialah Kluster Sakti, Kluster Tuguson, Kluster Bah Medan, Kluster Taman Laut dan Kluster Taman Bunga.
Daripada 26 buah daerah di Sabah, 18 daripadanya kini berada dalam zon merah.
Berbanding sebelum ini daerah Tongod yang kekal di zon hijau sejak tiga minggu lalu telah dikategorikan dalam zon kuning bersama lapan daerah lain susulan satu kes positif direkodkan pada Khamis.
Ciapan yang muat naik oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan insiden penindasan terhadap umat Islam di Perancis baru-baru ini disembunyikan laman sosial Twitter kerana dianggap “mengangkat keganasan”.
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, pemerintah tertinggi Perancis itu bersikap primitif kerana menuduh orang Islam terlibat dalam pembunuhan guru yang menghina Islam, malah menegaskan tindakan membunuh bukan ajaran Islam.
Ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO sekali lagi berkumpul di Menara Dato Onn malam ini, bagi menghadiri Mesyuarat Khas yang dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menegaskan beliau sama sekali tidak pernah melakukan sebarang usaha untuk dikaitkan dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Penulis dan penyair Salleh Ben Joned meninggal dunia akibat kegagalan jantung, hari ini. Beliau yang berusia 79 tahun menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Subang Jaya, pada 1.21 pagi Khamis.
Tiga bulan tanpa sebarang jawapan bertulis daripada Jabatan Pendaftaran Perdaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengenai pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) adalah tidak munasabah, tegas Setiausaha Agung Interimnya Datuk Amiruddin Hamzah.
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan rundingan segera Belanjawan 2021 sebelum dibentangkan di Sidang Dewan Rakyat pada 6 November depan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami