KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti lima lagi kluster baharu COVID-19 pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster tersebut ialah Kluster Sakti, Kluster Tuguson, Kluster Bah Medan, Kluster Taman Laut dan Kluster Taman Bunga.

Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan pada Khamis berkata Kluster Sakti melibatkandaerah Lahad Datu di Sabah manakala Kluster Tuguson melibatkan daerah Kota Belud, Sabah.

Selain itu, Kluster Bah Medan melibatkan daerah Sepang di Selangor.

Kluster Taman Laut pula membabitkan daerah Petaling di Selangor manakala Kluster Taman Bunga melibatkan daerah Seremban, Kuala Pilah dan Jelebu di Negeri Sembilan,

Berikut perincian kelima-lima kluster baharu yang dikenal pasti pada Khamis (29 Oktober 2020):


1)  KLUSTER SAKTI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12995) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 5 Oktober 2020.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 17 lagi kes positif COVID-19.

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 154 individu telah disaring, yang mana:

• 18 kes dikesan positif COVID-19 (7 kes baharu);
• 101 individu dikesan negatif; dan
• 35 individu masih menunggu keputusan.



2) KLUSTER TUGUSON

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Belud, negeri Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19066) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Kota Belud.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 17 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 146 individu telah disaring, yang mana:


• 18 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu); dan
• 128 individu masih menunggu keputusan.



3) KLUSTER BAH MEDAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang di negeri Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12112) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Oktober 2020.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 19 lagi kes positif COVID-19.

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 52 individu telah disaring, yang mana:

• 20 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu); dan
• 32 individu masih menunggu keputusan.



4) KLUSTER TAMAN LAUT

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-25431) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lima (5) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 123 individu telah disaring, yang mana:

• Enam (6) kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
• 18 individu dikesan negatif; dan
• 99 individu masih menunggu keputusan.



5) KLUSTER TAMAN BUNGA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban, Kuala Pilah dan Jelebu di Negeri Sembilan.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-27711) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 25 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 22 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 55 individu telah disaring, yang mana:

• 23 kes dikesan positif COVID-19 (16 kes baharu);
• 25 individu dikesan negatif; dan
• Tujuh (7) individu masih menunggu keputusan.