Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Nursyazwani Saiful Sham
November 7, 2020 15:30 MYT
November 7, 2020 15:30 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 7 November 2020.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tempoh penguatkuasaan adalah selama empat minggu, bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peningkatan bilangan kes baharu jangkitan COVID-19 telah mendatangkan kebimbangan serta keresahan dalam kalangan rakyat dan negara tidak lagi boleh terus kekal di dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyangkal dakwaan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) gagal mengekang penularan COVID-19 di negara ini.
Belanjawan 2021
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui keputusan membenarkan pengeluaran wang daripada akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terpaksa dibuat demi membantu rakyat yang terjejas akibat COVID-19.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan peruntukan kesihatan dalam Belanjawan 2021 dikurangkan.
Kerajaan berhasrat untuk melibatkan pemimpin pembangkang menyertai mesyuarat-mesyuarat untuk bersama-sama terlibat dalam membuat keputusan dan dasar.
Perkembangan COVID-19
Kerajaan akan mula membuat tempahan awal vaksin COVID-19 menerusi peruntukan berjumlah lebih RM3 bilion dalam Belanjawan 2021, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
Jumlah jangkitan baharu pandemik COVID-19 di Malaysia yang direkodkan hari ini ialah sebanyak 1,168 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster-kluster berkenaan dikenali sebagai Kluster Softwood LD, Kluster Teratai, Kluster Tapak Bina Damanlela dan Kluster Mahkota.
#Khairy Jamaluddin
#Muhyiddin Yassin
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KWSP
#Perdana Menteri
#COVID-19
#PKPB
#pandemik
#pembangkang
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#SOP
#Belanjawan 2021