PUTRAJAYA:Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyangkal dakwaan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) gagal mengekang penularan COVID-19 di negara ini.
Beliau berkata kaedah itu berjaya menurunkan kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) daripada 2.2 pada permulaan gelombang ketiga COVID-19 kepada 1 ketika ini.
"Kalau kita lihat dari permulaan gelombang ketiga dan dalam tempoh dua minggu (PKPB dilaksanakan), langkah itu telah berjaya kurangkan kadar kebolehjangkitan," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini.
Mengulas lanjut, beliau berkata lonjakan 1,755 kes yang direkodkan semalam disebabkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan saringan di Pusat Tahanan Sementara di Tawau dan Penjara Sandakan, Sabah serta di Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang.
"Sebelum ini kita ada dua lonjakan kes iaitu pada 24 dan 26 Okt kerana KKM laksanakan saringan di Penjara Kepayan, Sabah," katanya.
Dr Noor Hisham berkata kaedah PKPB dilaksanakan ketika ini bagi mengimbangi sektor kesihatan dan ekonomi, namun pada masa sama kerajaan perlu memperketatkan lagi sektor sosial termasuk kawalan rentas sempadan negeri dan daerah.
"Cabaran kita ialah dalam kita mengawal dan memperketat sektor sosial iaitu kita lihat dua tiga hari lepas ramai yang rentas daerah dan sempadan negeri, dari zon merah ke zon hijau.
"Kita membenarkan sektor ekonomi dengan lebih memperketatkan lagi sektor sosial, pelajaran dan sukan. Mungkin kita perlu memperhalusi tindakan kita supaya KKM dapat menjalankan aktiviti kesihatan awam, saringan komuniti dan sebagainya," katanya.
Hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPB akan dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan, berkuat kuasa selama empat minggu bermula 9 Nov hingga 6 Dis depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 07 2020
Dr Noor Hisham menyangkal dakwaan bahawa pelaksanaan PKPB gagal mengekang penularan COVID-19 di negara ini. - Bernama
AWANI Ringkas: Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [28/04/2024] – Malaysia tumpu pelaburan baharu | Pertumbuhan saksama dan inklusif | Kajian pertubuhan buruh antarabangsa | Tabung Haji teruskan bantuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Liek Hou rangkul dua lagi emas di Sepanyol
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou terus cemerlang apabila menggondol dua pingat emas pada Kejohanan Badminton Para Sepanyol Antarabangsa II 2024 pada Sabtu.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.
Fokus Minggu Depan: Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Lelaki rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang lelaki berputih mata apabila wangnya berjumlah RM13,460 lesap setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja.
Misi ditangguh, delegasi Malaysia berlepas pulang
Delegasi Malaysia dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza akan berlepas pulang malam ini.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Ustaz Wan sanggup bina tempat main boling DIY di sekolah kampung
Ustaz Wan mempunyai minat yang sangat tinggi terhadap sukan boling dan berhasrat untuk turut mengasah bakat anak muridnya.
Karnival Malaysia di New Delhi tarik 2,000 pengunjung
Pengunjung diraikan dengan persembahan kebudayaan, makanan, demonstrasi masakan, mencanting batik dan peluang merasai buah-buahan tropika Malaysia.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.