awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangkang akan dipelawa bersama kerajaan dalam buat keputusan - Muhyiddin

Astro Awani
Astro Awani
07/11/2020
13:41 MYT
Pembangkang akan dipelawa bersama kerajaan dalam buat keputusan - Muhyiddin
Sebagai langkah permulaan, kerajaan ingin mengundang pembangkang untuk duduk bersama-sama dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi, kata Muhyiddin Yassin. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR:Kerajaan berhasrat untuk melibatkan pemimpin pembangkang menyertai mesyuarat-mesyuarat untuk bersama-sama terlibat dalam membuat keputusan dan dasar.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelawaan itu adalah dalam usaha kerajaan memperluas kerjasama bipartisan.
Perdana Menteri berkata, kerjasama yang akan dirintis kerajaan bersama pembangkang juga menjangkau pembentangan Belanjawan 2021.
Kata Muhyiddin, sebagai langkah permulaan, beliau ingin mengundang pembangkang untuk duduk bersama-sama dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang dipengerusikan beliau setiap minggu.
Begitu juga dalam mesyuarat pengurusan pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri setiap hari.
"Pendekatan baharu ini untuk kebaikan semua, tidak boleh kita anggap belanjawan untuk kerajaan sahaja, ini belanjawan rakyat.
"Kita nak dilihat mesra pelanggan, kalau baik cadangan itu, kita ambil. Ini langkah permulaan, seterusnya saya nak pelawa pembangkang untuk sama duduk dalam Majlis Tindakan Ekonomi yang saya pengerusikan setiap minggu," kata Muhyiddin.
Beliau berkata demikian dalam dalam program Agenda AWANI Khas Bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu,
Sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin berkata, beliau mahu mendengar pandangan dan buah fikiran pembangkang dalam apa sahaja isu yang mencakupi perihal rakyat.
Bahkan, tegas beliau, sekiranya pembangkang mempunyai idea dan saranan yang baik dan langkah yang difikirkan berkesan, mereka terbuka untuk berkongsi dengan kerajaan.
"Bukan soal nak dapat kredit kepada mereka saja, tapi untuk rakyat dapat faedah daripada pandangan mereka," kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#pembangkang
#Majlis Tindakan Ekonomi
#mesyuarat
#Belanjawan 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan