ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 2 Disember 2020.
PERKEMBANGAN COVID-19
1) Malaysia akan tinjau hasil penggunaan vaksin COVID-19 di UK - Dr Noor Hisham
Malaysia akan melihat kepada tahap keberkesanan, kesan sampingan dan kualiti vaksin COVID-19 yang digunakan di United Kingdom (UK) sebelum membuat sebarang keputusan tentang penggunaannya di Malaysia.
2) COVID-19: 851 kes baharu, Selangor catat jumlah tertinggi
Malaysia merekodkan sebanyak 851 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam. Daripada angka berkenaan, 847 kes merupakan penularan dalam negara manakala empat lagi merupakan kes import.
3) Jawatankuasa Strategik Pengurusan Pandemik ditubuhkan - Ismail Sabri
Jawatankuasa Strategik Pengurusan Pandemik (JSPP) bagi mengimbangi kesan kesihatan, keselamatan serta ekonomi rakyat negara ini telah ditubuhkan.
PERKEMBANGAN POLITIK
4) Parti komponen PH nafi akan desak Anwar letak jawatan
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad menafikan dakwaan partinya akan memaksa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan dalam mesyuarat pada Isnin, 7 Disember ini.
5) Asyraf Wajdi ajak Muhyiddin, Bersatu kembali ke pangkuan UMNO
Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menyarankan agar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti pimpinannya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kembali ke pangkuan UMNO demi mengelakkan usaha penyatuan ummah menjadi retorik.
6) Penubuhan Majlis Presiden PN cadangan UMNO - Ahmad Maslan
UMNO bersetuju dengan cadangan pembentukan Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) sebagai platform membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti.
BELANJAWAN 2021
7) i-Sinar: KWSP umum dua kategori ahli yang layak memohon
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dua kategori membabitkan lapan juta ahlinya yang layak memohon skim i-Sinar.
8) RUU Perbekalan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2021: Tiga lagi kementerian lulus, undian suara
Kesemua Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi tiga kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan diluluskan melalui undian suara.
LAIN-LAIN
9) Tampar wanita hamil, pemandu lori ais ditahan
Seorang pemandu lori ais ditahan susulan insiden menampar seorang wanita hamil di sebuah kedai yang tular di laman sosial sejak Selasa.
10) Bekas Pengarah anak syarikat Axiata mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah
Seorang bekas Pengarah sebuah anak syarikat Axiata mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu atas dua pertuduhan menerima rasuah berhubung projek pembekalan sebuah syarikat telekomunikasi pada Ogos 2017 dan September 2018.
Nursyazwani Saiful Sham
Wed Dec 02 2020

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PKP | Pengembara luar punca peningkatan kes di Kelantan
Pengembara luar punca peningkatan kes di Kelantan Peningkatan kes secara mendadak COVID-19 dekat Kelantan dipercayai disebabkan gelombang kepulangan perantau baru-baru ini. Perkara ini diakui oleh Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat, berdasarkan pemerhatian pihaknya dan Data Jabatan Kesihatan Kelantan.

PKP | 19 sekatan jalan raya di Kelantan
Perintah Kawalan Pergerakan, PKP dilaksanakan di seluruh Kelantan bermula hari ini. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, bagi melaksanakan perintah berkenaan, pihaknya ,melakukan 19 sekatan jalan raya membabitkan 10 sempadan antara jajahan.

Duterte dikecam anggap wanita tidak sesuai pimpin Filipina
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyifatkan kaum wanita tidak sesuai untuk memimpin negara itu kerana lebih beremosi ketika buat keputusan.

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa di PPS mula berkurangan
Setakat jam 12 tengah hari, jumlah mangsa menurun kepada 3,780 orang berbanding 4,247 mangsa jam 8 pagi tadi.

Kecoh tapi lega... Merpati ini terlepas 'hukuman mati' di Australia
Satu kempen di Twitter juga dilancarkan untuk menyelamatkan merpati itu, yang diberi nama Joe.

COVID-19: Pemain bukan kambing hitam, kata Guardiola
Liga dan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) pada minggu ini menggesa pemain agar mematuhi protokol pandemik itu ketika meraikan gol.

Rashford ingat pesan Mourinho cara menangi sepakan penalti
United meraih sepakan penalti yang luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini berbanding seteru mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Manchester United berpotensi julang EPL - Paul Pogba
The Red Devils akan bertandang ke Anfield, tengah malam Isnin ini, untuk menghadapi juara bertahan, Liverpool.

COVID-19: Wakil New Zealand batal sertai Piala Dunia Kelab
Langkah kawalan pergerakan oleh kerajaan negara itu bagi mengekang penularan COVID-19 menjadi punca Auckland menarik diri.

Enam pengawal keselamatan belasah lelaki ditahan
Kesemua mereka berusia antara 26 hingga 41 tahun ditahan selepas mangsa berusia 34 tahun itu membuat laporan polis.

UMNO harus ambil iktibar ketabahan Anwar masuk penjara - Bersatu Kepong
Pemimpin UMNO seharusnya belajar dan mengambil iktibar daripada ketabahan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bukan sahaja sanggup melalui proses perbicaraan dengan tabah, malah sedia dipenjarakan.

"Saya tidak menentang Anwar jadi Perdana Menteri" - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi penegasannya tidak menentang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ahli Parlimen dicadang utus warkah kepada Agong mohon batal darurat - Anwar
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen bagi mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Pengisytiharan Darurat

Madius ajak MP BN tolak Muhyiddin sertai PH Plus
Madius mengajak Ahli Parlimen BN yang tidak sebulu dengan Muhyiddin menyertai Pakatan Harapan (PH) Plus.

Proklamasi Darurat: PH tolak rasional Muhyiddin, gesa jangan sembunyi di belakang COVID-19
PH mendakwa undang-undang sedia ada, termasuk PKP, mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak COVID-19

PKP2.0: Kerajaan digesa fikir strategi bendung COVID-19 jangka panjang - Anwar
Anwar berkata, kerajaan juga mesti mengarahkan semua untuk segera melaksanakan kembali moratorium pinjaman sehingga diberitahu kelak.

NGO mahu PDRM siasat kesahihan akuan bersumpah sokongan kepada Anwar
Polis perlu menyiasat kesahihan surat sokongan daripada Ahmad Zahid kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular baru-baru ini.

Tiada tempat politik berasaskan kaum, agama - Mohd Shafie
Mohd Shafie berkata, perpaduan harus dijadikan landasan reformasi menerusi penglibatan demokrasi yang diwakili semua pihak.

Bukan persoal keputusan MKT, tetapi pertahan keputusan dasar parti - Tun Faisal
Tun Faisal Ismail berkata, perjuangan Annuar juga adalah untuk memperkukuhkan MN selain menyokong PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.