ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 17 Disember 2020.

1) COVID-19: 1,220 jangkitan baharu, Selangor 368 kes, 3 kematian

Penularan pandemik COVID-19 di Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu mencatat 1,220 kes baharu.

Daripada jumlah kes baharu tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,214 kes.

2) JKNS nasihat orang awam agar tidak hadir ke HTAR Klang kecuali urusan penting

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menasihati orang awam agar tidak hadir ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) ketika ini jika tiada urusan penting.

3) Agong zahir takziah kepada keluarga legenda bola sepak Datuk Namat Abdullah

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak negara, Datuk Namat Abdullah, yang meninggal dunia hari ini.

4) Agong, Sultan Perak berkenan ziarah Tun Rahah

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menziarahi Tun Rahah Mohmmad Noah, ibu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah hospital swasta pada Khamis.

5) Sidang Dewan Rakyat ditangguh, ini RUU yang diluluskan pada sidang kali ini

Dewan Rakyat meluluskan lima lagi Rang Undang-Undang (RUU) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 yang menutup tirai hari ini.

6) Pembangkang harus bersatu, berhenti kejar bayang-bayang, kata Guan Eng dan Mat Sabu

Dua pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) mencadangkan agar gabungan itu membuat satu anjakan politik untuk menyatukan seluruh blok pembangkang.

7) Tiada masalah dalam PH, tidak timbul isu desak Anwar letak jawatan - Xavier

Tiada masalah dalam Pakatan Harapan (PH), tegas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Xavier Jayakumar.

8) Jangan bersedih! Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan

Kementerian Kewangan hari ini mengesahkan bahawa perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri itu, akan diteruskan.

9) Ibu belum dimaklumkan tiga anak maut dalam kemalangan

Jenazah tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Ipoh pada Rabu dituntut bapa mereka di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh petang Khamis.

10) Guru madrasah ditangkap kerana mencabul kaum sejenis

Seorang guru agama berusia 32 tahun ditangkap di sebuah madrasah di Kampung Awah, Machang, petang Rabu, selepas polis menerima laporan tindakan melakukan kelucahan melampau termasuk meraba kemaluan ke atas mangsa lelaki.