awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu belum dimaklumkan tiga anak maut dalam kemalangan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/12/2020
12:53 MYT
Ibu belum dimaklumkan tiga anak maut dalam kemalangan
Nahas yang menimpa empat beranak itu dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Axia dipandu Nur Aimi Nadiah terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang berada di lorong kecemasan.
IPOH:Jenazah tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Ipoh pada Rabu dituntut bapa mereka di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh petang Khamis.
Jenazah tiga beradik itu dibawa balik ke Melaka untuk dikebumikan di Kampung Sungai Putat.
Bapa mereka, Muhammad Alhafiz Mohamad berkata, belum memaklumkan kematian tiga beradik itu kepada isterinya, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, yang masih dirawat akibat parah dalam kemalangan berkenaan.
"Saya mahu keadaan isteri stabil dahulu. Saya akan sampaikan berita kehilangan ini kepadanya pada masa yang sesuai," katanya di HRPB di sini, pada Khamis.
Sementara itu, abang sulung Nur Aimi Nadiah, Muhd Jazli Aiman berkata, mereka sekeluarga berhasrat membawa adiknya ke Melaka untuk dirawat di hospital di negeri itu.
"Kita belum dapat maklumat lanjut daripada doktor (mengenai keadaannya). Jadi kita harap semuanya dipermudahkan.
"Keluarga kami akan bincang macam mana sebab kalau dapat pindah ke Melaka, lagi mudah sebab dua-dua keluarga duduk di Melaka," katanya.
BACA: Tiga kanak-kanak maut dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS
Dalam kemalangan di Kilometer 272.4 PLUS arah utara kira-kira pukul 2.45 petang Rabu, Muhammad Adam Hakimi, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1, meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu mereka, Nur Aimi Nadiah cedera parah.
Nahas yang menimpa empat beranak itu dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Axia dipandu Nur Aimi Nadiah terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang berada di lorong kecemasan.
Kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang selepas balik bercuti menemui Muhammad Alhafiz yang bekerja di Melaka.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#tiga beradik
#maut
#ibu
#parah
#ibu belum tahu
#PLUS
#Ipoh
#Muhammad Alhafiz Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan