awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan bersedih! Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
17/12/2020
06:00 MYT
Jangan bersedih! Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan
Sebelum ini, perkhidmatan feri Pulau Pinang dilaporkan akan dihentikan bermula 1 Jan depan dan digantikan dengan bot penumpang laju yang hanya membawa pejalan kaki serta penunggang basikal dan motosikal. - Bernama
KUALA LUMPUR:Kementerian Kewangan hari ini mengesahkan bahawa perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri itu, akan diteruskan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan meluluskan RM30 juta kepada Pelabuhan Pulau Pinang bagi mengambil alih perkhidmatan, yang menjadi lambang ikonik di Pulau Mutiara itu.
"Saya mengesahkan peruntukan itu seperti yang diluluskan akan dibayar secara dua ansuran tahunan yang mana RM15 juta untuk 2021 akan dibayar pada 2021 sebagaimana diluluskan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021.
"Baki RM15 juta akan disediakan kerajaan. Kerajaan akan memastikan Pelabuhan Pulau Pinang disyaratkan untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik dan berwarisan," katanya di Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sesi penggulungan RUU Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit COVID-19) 2020. BACA: Bot laju ganti feri Pulau Pinang bermula 1 Januari 2021 Sebelum ini, perkhidmatan feri Pulau Pinang dilaporkan akan dihentikan bermula 1 Januari depan dan digantikan dengan bot penumpang laju yang hanya membawa pejalan kaki serta penunggang basikal dan motosikal.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#COVID-19
#Kementerian Kewangan
#Seberang Perai
#Feri Pulau Pinang
#Lim Guan Eng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan