ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 18 Disember 2020.
1) Jenazah Allahyarham Tun Rahah selamat dikebumikan di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohd Noah selamat dikebumikan sekitar jam 3.15 petang tadi di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara di ibu negara.
Jenazah disemadikan bersebelahan pusara kakak Allahyarham, Tun Suhailah Mohamed Noah, balu kepada Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn, yang meninggal dunia pada 4 Okt 2014.
2) Mengenang Tun Rahah: Istiadat Pengebumian Negara satu penghormatan istimewa - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan keputusan kerajaan untuk melangsungkan Istiadat Pengebumian Negara terhadap Allahyarham ibundanya, Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah yang meninggal dunia pada Jumaat adalah satu penghormatan teristimewa.
Jelasnya, istiadat itu akan menjadi kenangan kepada seluruh keluarga Allahyarham ayahandanya, perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.
3) Tun Rahah: Kenangan kakak ipar penyayang, penyabar - Tok Puan Zainon
PENYAYANG dan penyabar adalah sifat peribadi Allahyarham Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah yang patut dicontohi.
Itu kisah dikongsikan Tok Puan Zainon Datuk Hussein, 83, yang menyingkap sifat peribadi dan kenangan bersama kakak iparnya itu.
4) Kerajaan meterai perjanjian pembelian vaksin COVID-19 dengan AstraZeneca Isnin ini
Kerajaan akan memeterai perjanjian pembelian vaksin COVID-19 dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca dari United Kingdom pada Isnin ini bagi memenuhi keperluan imunisasi 20 peratus rakyat Malaysia.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia merupakan perjanjian ketiga selepas COVAX dan Pfizer yang dimeterai akhir bulan lalu, masing-masing bagi 10 dan 20 peratus rakyat Malaysia.
5) COVID-19: Kumpulan pertama bekalan vaksin diperoleh Februari - Azmin
Kerajaan menjangkakan kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 untuk Malaysia diperoleh pada Februari.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin pada mesyuarat kabinet baru-baru ini.
6) COVID-19: Kes baharu terus catat empat angka, Selangor kekal negeri tertinggi
Malaysia mencatatkan sebanyak 1,153 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 91,696 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu terdapat dua kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.
7) COVID-19: Kluster Keris Residence antara 5 kluster baharu dikesan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan telah mengenal pasti lima lagi pertambahan kluster baharu.
8) PBT diarah patuh arahan kerajaan ambil tindakan tegas terhadap pub, kelab malam - Ismail Sabri
Kerajaan mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan lebih tegas terhadap pengusaha pub dan kelab malam yang berdegil menjalankan operasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan pusat hiburan itu direkodkan hampir setiap hari.
9) Bilangan mangsa banjir di Terengganu semakin meningkat
Bilangan mangsa banjir di Terengganu hari ini mencatatkan peningkatan lebih empat kali ganda berbanding 1,139 orang yang dipindahkan semalam.
Peningkatan mendadak itu berikutan fenomena air pasang besar serta hujan lebat yang masih melanda di kawasan pedalaman.
10) Guan Eng nafi sokong langkah hentikan perkhidmatan feri Pulau Pinang
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menafikan beliau pernah bersetuju atau mencadangkan supaya perkhidmatan feri Pulau Pinang dihentikan.
Lim berkata beliau dan bekas Menteri Pengangkutan Anthony Loke tidak pernah mencadangkan perkara itu sebaliknya menyokong supaya pengangkutan ikonik negara itu dikekalkan.
Khairunnisa Kasnoon
Sat Dec 19 2020
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.