awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Allahyarham Tun Rahah selamat dikebumikan di Makam Pahlawan

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2020
07:30 MYT
Jenazah Allahyarham Tun Rahah selamat dikebumikan di Makam Pahlawan
Tun Rahah, 87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court petang semalam. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Jenazah Allahyarham Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohd Noah selamat dikebumikan sekitar jam 3.15 petang tadi di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara di ibu negara.
Jenazah disemadikan bersebelahan pusara kakak Allahyarham, Tun Suhailah Mohamed Noah, balu kepada Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn, yang meninggal dunia pada 4 Okt 2014.
Sebelum itu Solat jenazah, tahlil serta bacaan talkin dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Husni.
Allahyarham adalah ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah bersama-sama anggota keluarga Allahyarhamah menyaksikan perjalanan terakhir Tun Rahah.
Terdahulu, jenazah Allahyarhamah tiba di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi untuk dimandi dan dikafankan sebelum orang ramai dibenar memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari ini.
Selepas urusan penghormatan terakhir itu, jenazah Allahyarhamah dibawa ke Masjid Negara bagi Istiadat Pengebumian Negara.
BACA: Mengenang Tun Rahah: Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah beri penghormatan terakhir
BACA: "Ibu ratu hatiku" - Najib kongsi gambar kenangan bersama ibu tercinta
Tun Rahah, 87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court di sini petang Jumaat.
Allahyarham berkahwin dengan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak pada 4 Sept 1952, dan dikurniakan lima anak lelaki iaitu Najib, Mohamed Nazir, Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam dan Mohamed Nazim.
Topic Berkaitan
#Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohd Noah
#Mengenang Tun Rahah
#Tun Abdul Razak
#Najib Razak
#Istiadat Pengebumian Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan