Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 2, 2021 15:34 MYT
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 2 Januari 2021.
1) COVID-19: 2,295 kes positif baharu, lebih 22,000 kes aktif
Sebanyak 2,295 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 117,373.
2) Kira-kira sejuta vaksin COVID-19 bakal diagih bulan depan - Menteri Kesihatan
Vaksin COVID-19 fasa pertama akan mula diagih dan disuntik kepada kira-kira satu juta rakyat Malaysia bermula Februari.
3) Tragedi Feri Triso: Enam beranak disemadi dalam satu liang lahad
Enam daripada sembilan mangsa insiden kereta terjunam ke sungai di Batang Lupar dekat Sebuyau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu, Simanggang.
4) Banjir di Johor memburuk, amaran cuaca peringkat bahaya
Situasi banjir di Johor semakin memburuk dengan beberapa kawasan di empat daerah di negeri itu ditenggelami air sejak Jumaat.
5) Sesi persekolahan dibuka mengikut takwim termasuk di kawasan PKPB - Radzi Jidin
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semua institusi pendidikan di bawah seliaan mereka akan dibuka di seluruh negara mengikut takwim 2021, termasuk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
6) Salah guna kuasa wujud di Malaysia - Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, banyak kes membabitkan penyalahgunaan kuasa wujud di negara luar sehingga menyebabkan kematian.
7) Agong, Permaisuri doakan kesembuhan Nur Izzah
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendoakan pelajar Malaysia di United Kingdom, Nur Izzah Mohd Shokri, yang koma selepas terbabit dalam satu kemalangan, kembali pulih seperti sedia kala.
8) 2021 masa untuk ketepikan perbezaan, fokus pada rakyat - Tengku Zafrul
Tahun 2021 adalah masa untuk mengetepikan perbezaan, terutama sekali bagi pembuat dasar, dan menumpukan perhatian terhadap memenuhi keperluan rakyat dan perniagaan dengan sebaik mungkin, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
9) UMNO Sabah kekalkan kerjasama dengan Bersatu untuk PRU15
Kerjasama antara UMNO Sabah dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah akan dikekalkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
10) Bersatu nafi 'beli' atau 'curi' ahli UMNO, gesa Asyraf Wajdi mohon maaf - Wan Saiful
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan dakwaan parti itu cuba 'membeli' atau 'mencuri' ahli UMNO sehingga sanggup membayar sehingga RM5,000 bagi penubuhan cawangan parti berkenaan.
#berita pilihan #berita dalam negara #berita tempatan #Astro Awani #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Dr Adham Baba #vaksin #KKM #banjir johor #UMNO #Bersatu #Tragedi Feri Triso