awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru mengaku lakukan amang seksual terhadap dua murid lelaki
Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik PTD ke-31
E-invois Fasa 4, STSDS Fasa 1 bermula esok – LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri doakan kesembuhan Nur Izzah

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
02/01/2021
12:55 MYT
Agong, Permaisuri doakan kesembuhan Nur Izzah
Nur Izzah Mohd Shokri koma selepas terbabit dalam satu kemalangan di Manchester. - Foto Instagram
KUALA LUMPUR:Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendoakan pelajar Malaysia di United Kingdom, Nur Izzah Mohd Shokri, yang koma selepas terbabit dalam satu kemalangan, kembali pulih seperti sedia kala.
Dalam satu kenyataan di laman sosial, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan kesedihan atas musibah yang menimpa Nur Izzah dan berharap agar seluruh keluarga beliau sabar dan tabah menghadapi dugaan.
"Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih atas musibah yang telah menimpa Nur Izzah dan berharap agar seluruh keluarga beliau sabar dan tabah menghadapi dugaan ini.
"Marilah bersama Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga Nur Izzah dikurniakan kesembuhan dan keafiatan dengan segera," kata kenyataan itu.
View this post on Instagram
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)
Nur Izzah, 20, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan dan kewangan di Universiti Manchester, dilaporkan mengalami kecederaan serius di kepala dan tulang rusuk selepas bertembung dengan sebuah bas ketika menunggang basikal di Wilmslow Road, Rusholme dalam kejadian 4.25 petang waktu tempatan, 28 Disember lalu.
Pelajar tajaan Petronas itu koma selepas menjalani pembedahan dan kini ibu bapanya Mohd Shokri Zainal, 56, dan Hamidah Wahab, 46, sudah berada di England untuk bersamanya.
Topic Berkaitan
#Nur Izzah Mohd Shokri
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Raja Permaisuri Agong
#United Kingdom
#pelajar
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan