KUALA LUMPUR:Tahun 2021 adalah masa untuk mengetepikan perbezaan, terutama sekali bagi pembuat dasar, dan menumpukan perhatian terhadap memenuhi keperluan rakyat dan perniagaan dengan sebaik mungkin, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Dalam artikel yang diterbitkan oleh The Star hari ini, Tengku Zafrul berkata semua pihak perlu mengambil pengajaran daripada krisis yang melanda pada tahun 2020, terutama sekali pandemik COVID-19.
“Sejarah mengajar kita untuk bersatu dalam menghadapi kesulitan. Banyak ruang untuk kita memajukan negara, terutamanya selepas berjaya melalui salah satu tahun paling sukar sepanjang 63 tahun kemerdekaan," katanya.
Dalam era norma baharu, Tengku Zafrul optimis terhadap prospek masa depan Malaysia, dengan pembukaan kembali kegiatan ekonomi, perkembangan positif vaksin COVID-19 di seluruh dunia, dan usaha berterusan kerajaan untuk membangunkan kembali ekonomi.
"Kita berjaya bertahan dalam pertarungan melawan pandemik, tetapi kita perlu terus kuat untuk menang. Kita pernah berjaya meratakan lengkungan, kita pasti boleh melakukannya sekali lagi,” katanya.
Tengku Zafrul mengakui 2020 adalah tahun yang sukar, dengan suntikan fiskal sebanyak RM55 bilion oleh kerajaan di bawah pakej rangsangan tahun lalu untuk membantu meringankan beban mereka yang berada dalam golongan berpendapatan rendah dan terkesan, dengan RM18 bilion disalurkan sebagai Bantuan Prihatin Nasional, melebihi RM4.74 bilion Bantuan Sara Hidup yang diagihkan pada tahun 2020.
"Saya juga ingin menekankan polisi adalah mengenai pertukaran, dan tentang usaha memberikan manfaat dengan sumber yang ada.
"Kita harus mengakui bahawa setiap negara mempunyai dinamik dan ciri sosio-ekonomi tersendiri, memerlukan penyelesaian yang unik dan tersendiri," katanya lagi.
Tambahnya, salah satu sebab Malaysia berjaya mengatasi kejutan COVID-19 adalah kerana kepelbagaian ekonomi.
Pada tahun 2020, katanya pertumbuhan di sektor pembuatan dan eksport utama seperti peralatan perubatan serta elektrik dan elektronik (E&E) membantu mengurangkan impak sektor perkhidmatan, terutamanya ketika sempadan antarabangsa masih ditutup.
"Dari Januari hingga September 2020, Malaysia mencatatkan pelaburan bernilai RM109.8 bilion yang terdiri daripada pelaburan langsung asing bernilai RM42.6 bilion. Kerajaan tetap fokus pada pelaburan berkualiti tinggi yang dapat diterjemahkan ke dalam pertukaran ilmu, pekerjaan bergaji tinggi dan pembangunan yang lebih mampan untuk Malaysia, ”katanya.
Namun, masih ada sektor ekonomi Malaysia yang masih belum dapat dimanfaatkan, termasuk sektor pertanian yang boleh dinaik taraf menerusi teknologi dan kepelbagaian tanaman.
“Kita belum memaksimakan kepakaran dalam teknologi hijau, seperti penghasilan panel solar dan bangunan hijau. Kita mempunyai keupayaan untuk menjadi pemain utama dalam kewangan Islam global dan pasaran halal global yang bernilai AS$1.4 trilion, ”katanya.
Ketika negara terus dipacu ke arah penghasilan dan perkhidmatan bernilai tinggi, Tengku Zafrul menekankan kepentingan untuk memanfaatkan krisis dan melakukan penambahbaikan struktur yang diperlukan.
"Kita tidak boleh mensia-siakan masa ketika krisis, dan harus mempersiapkan diri kita untuk memastikan kita mampu bertahan biarpun pada waktu yang sukar dijangka," tambahnya.
Astro Awani
Sat Jan 02 2021
Tengku Zafrul berkata semua pihak perlu mengambil pengajaran daripada krisis yang melanda pada tahun 2020, terutama pandemik COVID-19. - ASTRO AWANI/Shahir Omar
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.
BRICS: Malaysia pantau perkembangan susulan ancaman tarif Trump - Tengku Zafrul
Malaysia, sebagai rakan BRICS, akan memantau perkembangan ini dengan rapat dan menegaskan keterbukaan untuk perniagaan dan perdagangan dengan semua negara.
PKS pemacu pertumbuhan ekonomi APEC, pupuk keterangkuman - Tengku Zafrul
Pertumbuhan inklusif bukan setakat yang memberi manfaat kepada syarikat besar dan multinasional, sebaliknya perlu bercirikan saksama.
MIDA kenal pasti 12 syarikat Mesir berminat teroka pelaburan di Malaysia
Syarikat itu berminat meneroka pelaburan dalam sektor farmaseutikal, peranti perubatan, aeroangkasa dan petrokimia.
Malaysia sasar kekalkan pertumbuhan ekonomi bersama China, tumpu SDG
China telah menunjukkan kelebihan ketara dalam kesemua bidang itu.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.
Amerika kekal rakan dagangan utama, pelabur terbesar di Malaysia - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, AS dan Malaysia mempunyai hubungan ekonomi serta perkongsian perdagangan yang terjalin sejak sekian lama.
Negara rakan BRICS: Sumbang pertumbuhan ekonomi, peningkatan eksport - Tengku Zafrul
Beliau berkata Malaysia akan memainkan peranan dalam mengukuhkan rantaian bekalan global terutama dalam sektor penting seperti semikonduktor serta sektor lain yang strategik.
Kerajaan pastikan belia peroleh akses pekerjaan - Tengku Zafrul
Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata, graduan perlu memiliki set kemahiran yang dinamik, dan menyesuaikan diri dengan trend pekerjaan baharu.