ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 5 Januari 2021.
1) COVID-19: 2,027 kes baharu, 8 kematian dilaporkan
Malaysia merekodkan 2,027 kes harian baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 122,845 kes.
Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 2,011 jangkitan merupakan penularan COVID-19 dalam negara manakala 16 lagi kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
2) COVID-19: 11 lagi kluster baharu dikenal pasti KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa merekodkan 11 kluster baharu pada Selasa.
3) RM16.6 juta kos simpanan vaksin Pfizer di 55 lokasi
Kerajaan membelanjakan RM16.6 juta untuk penyimpanan vaksin Pfizer Pfizer pada suhu negatif 70 Celsius di 55 lokasi yang telah dikenal pasti.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, setiap peti sejuk beku itu dianggarkan berharga antara RM70,000 dan RM80,000.
3) PAC puas hati penjelasan perolehan vaksin COVID-19
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpuas hati dengan keterangan dan penjelasan yang diberikan kerajaan berkait perolehan dan penggunaan vaksin COVID-19.
4) Banjir: 250 'hot spot' dijangka dilanda banjir sekali lagi di pantai Timur - Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesan sebanyak 250 kawasan ‘hot spot’ di pantai Timur yang dijangka dilanda banjir sekurang-kurangnya sekali lagi sehingga Mac depan.
5) Kerajaan belum cadang kembali laksana sekatan rentas daerah, negeri - Ismail Sabri
Kerajaan belum berhasrat untuk kembali melaksanakan sekatan rentas daerah atau negeri walaupun negara menyaksikan peningkatan bilangan kes COVID-19 yang agak tinggi.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melakukan penilaian risiko berhubung pergerakan rentas negeri dan daerah.
6) Annuar Musa dipecat serta-merta sebagai Setiausaha Agung BN
Tan Sri Annuar Musa hari ini dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta -merta.
Sumber UMNO memaklumkan, keputusan itu dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam satu mesyuarat di sini pada Selasa.
7) Annuar Musa tidak dipecat, beliau diganti - Ahmad Maslan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan bahawa Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa tidak dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) sebaliknya beliau digantikan termasuk jawatan dalam Muafakat Nasional (MN).
8) 147 UMNO Bahagian tolak kerjasama dengan Bersatu - Ahmad Maslan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, sebanyak 147 daripada 189 Bahagian UMNO menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Bagaimanapun, UMNO Pusat, jelas beliau, sedang mengumpul kesemua usul yang dibangkitkan untuk dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO esok.
9) "Saya akur jika diminta letak jawatan" - Khairy Jamaluddin
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, beliau sedia melepaskan jawatan dalam kerajaan sekiranya diminta untuk berbuat demikian.
Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, beliau terikat kepada sebarang keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang akan bermesyuarat esok untuk membincangkan kedudukan pemimpin UMNO yang memegang jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional pimpinan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
10) Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Jambatan Batang Lupar bakal menggantikan perkhidmatan Feri Triso, Sebuyau.
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Astro Awani
Tue Jan 05 2021
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.