Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 13, 2021 15:06 MYT
Antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu 13 Mac 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu 13 Mac 2021.
1. PN tawaran baharu untuk Malaysia, akan kekal untuk tempoh yang panjang - PM Muhyiddin
Gabungan Perikatan Nasional (PN) adalah tawaran baharu untuk rakyat Malaysia, dan parti itu akan kekal untuk tempoh masa yang lama, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
2. Xavier Jayakumar letak jawatan Naib Presiden, ahli PKR
Datuk Dr Xavier Jayakumar hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden dan ahli PKR, parti yang dianggotainya sejak 1998.
3. Kompaun RM10,000: Anwar gesa kerajaan kaji semula kadar denda
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar itu dilihat tidak wajar terutama sekali apabila ia dikenakan kepada mereka yang mungkin tidak sengaja melanggarnya atau keliru berkaitan SOP.
4. Sesiapa pun tidak harus dilarang guna perkataan Allah, namun ada sempadan - Abdul Hadi
Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sama ada seseorang itu Muslim, penganut agama lain atau mereka yang tidak percaya kepada tuhan, mereka tidak boleh dilarang menyebutkan perkataan Allah dalam bentuk ucapan atau tulisan.
5. Rabies di Sarawak ragut dua lagi nyawa
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 52 dan 54 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu serta Hopsital Umum Sarawak (HUS).
6. Xavier pernah dakwa 'menteri kanan' paksa sokong PN, atau berdepan tindakan - Saifuddin Nasution
Tindakan Datuk Dr Xavier Jayakumar mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengukuhkan lagi dakwaan ada usaha tersusun oleh kerajaan minoriti untuk menarik sokongan ahli-ahli parlimen pembangkang.
7. Lapan hari berturut-turut kes baharu di bawah 2,000
Sebanyak 1,470 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan kes kumulatif di negara ini sebanyak 322,409 kes.
8. MMA gesa 'social media influencer' bantu galak masyarakat daftar program imunisasi COVID-19
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bimbang dengan kadar pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sekali gus menggesa kumpulan berpengaruh termasuk pempengaruh media sosial bekerjasama menggalakkan orang ramai mendaftar.
9. Lebih 275,000 individu terima dos pertama vaksin COVID-19 setakat 12 Mac
Seramai 275,851 individu menerima dos pertama vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.
10. Belum masanya untuk rentas negeri - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan belum masanya kebenaran untuk rentas negeri diberikan walaupun jumlah kes jangkitan baharu menunjukkan penurunan setiap hari.
#Berita Tampatan Pilihan #Anwar Ibrahim #Muhyiddin Yassin #Abdul Hadi Awang #Noor Hisham Abdullah #PAS #PKR #Parti Keadilan Rakyat #Astro Awani #COVID-19 #kes positif #rakyat Malaysia #Xavier Jayakumar #rentas negeri