MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita yang menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Mac 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Mac 2021.
Sebanyak 89 kawasan di wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan air berjadual antara 48 hingga 68 jam bermula 30 Mac, dan 6 April depan.
Penemuan minyak dan gas baharu di Blok SK405B, luar pesisir Miri - Petronas
2. Petroleum Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan satu penemuan minyak dan gas baharu di telaga cari gali ‘wildcat’ Sirung-1 dalam Blok SK405B Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC), yang terletak di perairan cetek wilayah Balingian iaitu 237 kilometer dari pesisir Miri, Sarawak.
Pengantin baru yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir, di sini, Sabtu lalu, ditemui mati lemas pagi ini.
Sekurang-kurangnya 34 pegawai dan anggota daripada agensi penguatkuasaan terlibat dan melindungi Geng Nicky yang dikesan mula beroperasi pada 2014.
Biarpun angka jangkitan COVID-19 harian menunjukkan trend penurunan di seluruh negara, namun aktiviti rentas negeri masih belum dibenarkan.
Kerajaan hanya membenarkan pembantu rumah yang mempunyai visa dan permit kerja yang sah untuk kembali ke Malaysia.
Ahli-ahli UMNO di seluruh negara mengharapkan agar Ahli-Ahli Parlimen parti itu yang kini menganggotai Kabinet segera meletak jawatan, dakwa Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.
Semua menteri dan timbalan menteri UMNO akan kekal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Ogos depan, jelas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Walaupun UMNO sudah membuat ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), UMNO Perlis menegaskan akan terus 'berkawan' dengan parti itu.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi platform politik pilihan artis ternama tanah air, Datuk Adflin Shauki untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami