awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri, timbalan menteri UMNO kekal jawatan sehingga Ogos - Zahidi

Fareez Azman
Fareez Azman
30/03/2021
11:18 MYT
Menteri, timbalan menteri UMNO kekal jawatan sehingga Ogos - Zahidi
Zahidi menjelaskan perkara terbabit dimaklumkan kepadanya oleh seorang timbalan menteri yang hadir dalam pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya semalam. -Gambar fail/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Semua menteri dan timbalan menteri UMNO akan kekal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Ogos depan.
Demikian jelas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin seperti dilaporkan portal Malaysiakini.
Menurut Zahidi, perkara terbabit dimaklumkan kepadanya oleh seorang timbalan menteri UMNO yang hadir dalam pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya pada Isnin.
"Kami diberitahu oleh menteri bahawa kami akan tetap berada dalam pentadbiran hingga Ogos di bawah kapasiti individu.
"Keputusan (kekal dalam jawatan menteri dan timbalan menteri UMNO) dibuat untuk kepentingan rakyat dan negara.
"Tidak ada gunanya kita berhenti (ketika ini) kerana ia akan menjadikan negara ini lebih teruk dan menyebabkan orang menderita (kerana COVID-19)," jelasnya.
BACA: Letak jawatan: Sebahagian Menteri, Timbalan Menteri UMNO bertemu PM?
BACA: Ismail Sabri, Dr Adham antara menteri UMNO bertemu PM di Perdana Putra
BACA: Jangan tunggu lagi, letak jawatan segera - Tengku Razaleigh
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungan presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) yang berakhir Ahad lalu menyatakan bahawa UMNO akan menentukan masa sesuai untuk menarik sokongan daripada kerajaan PN.
Jelasnya, MKT telah menerima mandat untuk berbuat demikian terutama bagi kesemua pemegang jawatan utama dalam kerajaan daripada UMNO, untuk melepaskan kedudukan mereka.
Jelasnya, mandat itu akan digunakan bagi memastikan kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membubarkan Parlimen mengikut tarikh yang sesuai.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Zahid Hamidi
#UMNO
#Putrajaya
#Perdana Menteri
#Parlimen
#kerajaan
#presiden
#perhimpunan
#letak jawatan
#rakyat
#menteri
#COVID-19
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan