awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM buka kertas siasatan tatakelola, kesan kelemahan pengurusan e-waste
Salji tebal perangkap kenderaan, penduduk terkandas di Rusia
Ghislaine Maxwell akan beri keterangan kepada Kongres AS dalam siasatan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rentas negeri belum dibenarkan - Ismail Sabri

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
30/03/2021
09:56 MYT
Rentas negeri belum dibenarkan - Ismail Sabri
Rentas negeri dari negeri PKPB ke negeri PKPP hanya menerusi green travel bubble menggunakan ejen pelancongan berdaftar. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Biarpun angka jangkitan COVID-19 harian menunjukkan trend penurunan di seluruh negara, namun aktiviti rentas negeri masih belum dibenarkan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana beberapa negeri masih mencatatkan trend jangkitan yang tidak stabil.
Justeru, status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikekalkan di enam buah negeri dan Wilayah Persekutuan, manakala Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di 10 buah negeri dan wilayah juga tidak berubah.
"Prosedur operasi standard (SOP) untuk PKPB dan PKPP adalah sama seperti sebelum ini.
"Aktiviti rentas negeri masih tidak dibenarkan. Rentas negeri dari negeri PKPP ke negeri PKPP hanya menerusi green travel bubble menggunakan ejen pelancongan berdaftar," katanya dalam sidang media harian, hari ini.
Negeri dan Wilayah Persekutuan di bawah PKPB ialah Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.
Manakala negeri di bawah PKPP ialah Perlis, Kedah (kecuali Kuala Muda), Perak, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan (kecuali Seremban), Pahang, Terengganu, Sabah dan Labuan.
Status PKPB dan PKPP yang diperbaharui ini akan bermula 1 hingga 14 April ini kecuali Sarawak yang akan bermula hari ini sehingga 12 April.
Topic Berkaitan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
#rentas negeri
#ismail sabri yaakob
#SOP
#COVID-19
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan