awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2021
15:34 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Mac 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Mac 2021.
1. Menteri-menteri UMNO dinasihat terus kekal dalam kabinet - PM
Kesemua menteri daripada parti UMNO bersepakat untuk terus kekal dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
2. Prebet Adam meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru - Adik
Adam Jaafar atau lebih dikenali sebagai Prebet Adam dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Selasa akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
3. Inflasi keseluruhan akan meningkat pada suku kedua, menyederhana kepada 2.5-4.0 peratus
Inflasi keseluruhan negara dijangka meningkat secara sementara melepasi paras 5.0 peratus pada suku kedua tahun ini disebabkan kesan asas yang rendah berikutan penyusutan harga bahan bakar pada suku yang sama tahun 2020.
4. Ekonomi Malaysia dijangka kembali pulih tahun ini - Gabenor BNM
Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 6.0 peratus dan 7.5 peratus pada 2021 berbanding penguncupan 5.6 peratus pada 2020, disokong oleh faktor-faktor domestik seperti penggunaan dan persekitaran luaran yang lebih baik berikutan pelancaran program vaksinasi.
5. Najib, Rosmah dan pemilik firma barang kemas Lubnan akan periksa 11,991 unit barang kemas
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta pemilik syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL dari Lubnan, Samer Halimeh akan memeriksa 11,991 unit barang kemas yang kini disimpan dalam lebih 90 buah kotak di dalam bilik kebal di Bank Negara Malaysia (BNM).
6. Pemilihan UMNO sebelum PRU15 boleh cetus keretakan, pecah-belah parti - Najib
Pemilihan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh membawa keretakan dan memecah-belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah ‘dicuri’ oleh parti lain, kata Ketua Bahagian UMNO Pekan Datuk Seri Najib Razak.
7. Nazri kritik Zahid 'kurang sifat kepimpinan', label menteri UMNO 'pengecut'
UMNO kini dilihat umpama 'harimau kertas' selepas 'mengaum' di Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru ini, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
8. Letak jawatan: 'Saya fokus tugas, harap MT UMNO buat keputusan bijak, waras' - Khairy
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menegaskan akan terus memberi fokus kepada tugasnya dalam kerajaan selagi UMNO belum membuat apa-apa keputusan berhubung peletakan jawatan menteri daripada parti berkenaan.
9. Tiada hasrat tarik balik sokongan terhadap MB, UMNO Johor - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Bersatu Johor setakat ini tidak berhasrat untuk menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dari parti UMNO.
10. RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter manakala harga runcit RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 April.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#UMNO
#Bersatu
#Muhyiddin Yassin
#najib
#Rosmah
#diesel
#RON95
#Prebet Adam
#Menteri UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan