PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Bersatu Johor setakat ini tidak berhasrat untuk menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dari parti UMNO.
Perdana Menteri, yang juga Pengerusi Bersatu Johor, berkata fokus parti itu ketika ini adalah mengenai perihal rakyat selain tidak mahu menimbulkan sebarang pergolakan di semua peringkat.
"Setakat hari ini tiada apa-apa keputusan dibuat (tidak sokong Menteri Besar Johor).
"Fokus Bersatu, fikir tentang rakyat, agar tidak timbul pergolakan yang akan bawa kesan buruk di negeri (Johor) dan peringkat negara," katanya ketika ditanya pemberita mengenai sama ada Bersatu Johor akan menarik balik sokongan terhadap Hasni.
Muhyiddin berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor dan Perikatan Nasional (PN) Johor secara berasingan di sebuah hotel di sini hari ini.
Muhyiddin menegaskan seperti pendirian di peringkat kerajaan Persekutuan untuk mengekalkan semua menteri dari UMNO dalam Kabinet, pendirian sama juga kekal bagi kerajaan Johor.
Beliau turut mengharapkan agar UMNO di Johor bertindak lebih adil terhadap Bersatu susulan terdapat rungutan tentang pembahagian jawatan ketua kampung yang dibuat tanpa rundingan yang betul.
"Perkara itu (agihan jawatan ketua kampung) timbulkan rasa tak puas hati, tapi untuk menjaga kemaslahatan masyarakat di Johor...kita akan terus bersama (UMNO).
"Itu janji kita, bukan untuk UMNO...tapi untuk Johor," katanya.
Semalam, media melaporkan Bersatu Johor memberi peringatan bahawa kerajaan Johor boleh tumbang pada bila-bila masa, jika mana-mana dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membentuk kerajaan negeri itu kecewa dengan pendirian UMNO Johor.
Peringatan itu diberikan Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Md Nasir Hashim, susulan kenyataan terbuka oleh Hasni yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 Ahad lalu, yang disifatkan memperkecilkan Bersatu yang memberi sokongan kepadanya bagi menubuhkan kerajaan Johor, tahun lalu.
UMNO menerusi PAU2020 Ahad lepas secara sebulat suara bersetuju dengan usul memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu yang menerajui kerajaan PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Hadir pada menyuarat itu hari ini ialah Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam Datuk Osman Sapian, Setiausaha Bersatu Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 31 2021
Pengerusi Bersatu Johor itu berkata fokus parti itu ketika ini adalah mengenai perihal rakyat selain tidak mahu menimbulkan sebarang pergolakan di semua peringkat. - Gambar fail/ Bernama
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar
Perdana Menteri berkata langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil dengan peningkatan pelaburan dan pelbagai pengiktirafan.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.