MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 April 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 April 2021.
1. 264,584 individu sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 - Dr Adham
Pada masa sama, 506,069 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 770,653.
2. COVID-19: Keputusan buka sekolah berpandukan analisis risiko - Radzi
Keputusan pembukaan semula sekolah menengah dibuat selepas Kementerian Pendidikan puas hati dengan analisis risiko situasi COVID-19 yang dibuat Pusat Kesihatan Daerah di setiap negeri.
3. 'Cukup sampai di sini sayang' - UMNO Terengganu umum tanding semua kerusi Parlimen, DUN
UMNO Terengganu meneruskan hasrat untuk bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN dalam PRU15, sekali gus tidak memberi laluan mudah kepada Bersatu mahupun Pas.
4. Muhyiddin minta MIC utamakan politik perpaduan
Dalam era politik sekarang, kata Perdana Menteri, semua parti mempunyai peranan dan sumbangan sama penting menjaga kebajikan rakyat dan memajukan negara, tidak ada yang boleh mengaku paling dominan.
5. MIC sokong Muhyiddin, Bersatu sehingga BN capai keputusan baharu
Vigneswaran berkata, sebaiknya BN mencari kesepakatan dengan Perikatan Nasional bagi mengelakkan pertembungan pada PRU15.
6. Insiden kren SUKE: Seminggu alih kren gantri - Prolintas
Kerja-kerja pengalihan kren gantri di projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) akan mengambil masa selama seminggu, dengan mengambil kira tahap keselamatan penduduk sekitar dan pekerja pembinaan terlibat.
7. Gelaran 'abang' mencermin hubungan peribadi, bukan Malaysia-China - Hishammuddin
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertahankan penggunaan gelaran ‘abang’ terhadap rakan sejawatnya dari China, Wang Yi walaupun selepas dikritik di media sosial.
8. Menjelang Ramadan: Ini antara fokus tumpuan di Twitter
Aplikasi media sosial Twitter memberikan sorotan topik berkaitan Ramadan dalam laporannya yang antara lain menyehtuh topik perbualan pengguna tentang adaptasi norma baharu dalam menyambut peristiwa penting.
9. COVID-19: 1,638 kes baharu, Perak catat angka tertinggi
Sebanyak 1,638 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 349,610 kes, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
10. Tanggapan Pas ketepikan UMNO tidak benar - Tuan Ibrahim
Tanggapan Pas mengetepikan UMNO dan memilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah tidak benar, kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

#berita pilihan
#berita dalam negara
#vaksin
#COVID-19
#UMNO
#PAS
#Bersatu
#MIC
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin