MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 April 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 April 2021.
1. Judi raya: Tiga ditahan bantu siasatan dua video promosi judi dalam talian
Seramai tiga individu disyaki terlibat dalam pembikinan dua lagi video promosi judi dalam talian ditahan di sekitar ibu negara pada Isnin.
2. Jabatan Kesihatan siasat aduan pelajar Kolej Matrikulasi Perak dikompaun RM1,500
Jabatan Kesihatan Perak sedang menyiasat aduan tular berhubung kompaun RM1,500 yang dikenakan terhadap pelajar Kolej Matrikulasi Perak atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.
3. Tiba masanya negara ubah strategi dasar industrialisasi - Tun Mahathir
Sudah tiba masanya negara mengubah strategi dasar industrialisasi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
4. #NoToLanun: Cetak rompak jejas kualiti karya tempatan - Aziz M Osman
Hanya selepas beberapa hari ditayangkan, filem '18 Puasa di Kampong Pisang' dicetak rompak dan ditayangkan secara haram menerusi platform media sosial.
5. 'Instafamous' dan isteri rentas negeri 'honeymoon' dijel, denda
Pasangan suami isteri yang tular merentas negeri ke Johor kerana 'honeymoon' dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memberi maklumat bertulis palsu, bulan lalu.
6. Hujah Najib akaun banknya dimanipulasi Jho Low tidak masuk akal - Sithambaram
Hujah pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa akaun bank beliau dimanipulasi oleh Low Taek Jho, atau Jho Low sehingga terdapat wang RM42 juta di dalamnya, tidak boleh diterima Mahkamah Rayuan diberitahu .
7. Jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor selamat dikebumi
enazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor, Abdul Rahman Baba yang meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 89 tahun selamat dikebumi di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 dekat sini pada 2.45 petang
8. COVID-19: 2,341 kes baharu, Sarawak tertinggi - Dr Noor Hisham
Sebanyak 2,341 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 379,473 kes, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
9. Kerusi PRU15: 'Terpulang pada PKR tentukan, saya senang di PD' - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menentukan kerusi Parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
10. Pemberian vaksin untuk petugas barisan hadapan dijangka selesai hujung bulan ini
Sekurang-kurangnya 95 peratus daripada sejumlah 571,000 petugas barisan hadapan telah menerima dos pertama vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Pertama dengan kerajaan menjangka pemberian vaksin membabitkan kumpulan itu selesai hujung bulan ini.