KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,341 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 379,473 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak mencatat angka tertinggi dengan 600 kes jangkitan.

Ini diikuti oleh Selangor dengan 539 kes, Kelantan sebanyak 429 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 344 kes," kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan media harian pada Selasa.



Sementara itu, beliau turut memaklumkan, sebanyak 1,592 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 356,816 kes.

Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 21,268.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan tiga kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,389.

Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 21,268.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan tiga kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,381.

Katanya, seramai 249 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 95 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

Selain itu, KKM juga memaklumkan terdapat tujuh kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan satu kluster tempat kerja, empat komuniti dan setiap satu untuk pendidikan serta sekolah/institusi pendidikan KPM.

Empat kluster komuniti dinamakan Kluster Kampung Tengah Betong, Sungai Rian, Jalan Meranti, Kluster Taman Dato Senu sementara Kluster Jalan Pasir Mas – Pohon Tanjung (Pendidikan), Jalan Padang Lallang (sekolah) dan Hala Kampung Jawa (tempat kerja)