Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 26, 2021 15:51 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 26 April 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 26 April 2021.
1. Polis siasat kes guru disyaki galak perbuatan rogol
Polis akan menyiasat laporan seorang remaja yang mendakwa guru Pendidikan Jasmani bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.
2. Ordinan Darurat: Parlimen akan bersidang bila tiba masa yang sesuai - Takiyuddin
Kerajaan memberi jaminan sidang Parlimen akan segera diadakan apabila tiba masa yang sesuai sama ada sebelum atau selepas darurat ditamatkan pada 1 Ogos depan.
3. COVID-19: 79 sekolah di Selangor diarah tutup dua hari
Sebanyak 79 buah sekolah di Selangor diarah tutup sementara mulai hari ini dan esok selepas kes positif COVID-19 dilaporkan, berdasarkan senarai yang dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
4. Dua sindiket dadah tumpas, 297kg dadah bernilai RM17.55 juta dirampas
Polis berjaya menumpaskan dua sindiket dadah dan merampas 297 kilogram dadah jenis heroin, syabu dan ketamin dalam dua operasi berasingan di Lembah Klang pada Selasa dan Rabu lepas.
5. COVID-19: AstraZeneca diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas - Dr Adham
Kementerian Kesihatan mengesahkan vaksin COVID-19 AstraZeneca selamat untuk digunakan dalam pelaksanaan fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
6. Dana KWAN boleh digunakan, elak defisit meningkat - Menteri Kewangan
Dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) boleh digunakan selepas tempoh 10 tahun dari tarikh penubuhannya pada 1988 bagi pembiayaan pembangunan termasuk pembelian vaksin, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
7. Gelaran 'Datuk Seri' Nicky Liow, 'Datuk' Liow Wei Loon ditarik balik serta-merta
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang merangkap Pendaftar Darjah, Datuk Seri Sallehuddin Ishak berkata, keputusan itu atas titah Yang di-Pertuan Agong selaku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
8. COVID-19: 2,776 kes baharu, 13 kematian direkodkan
Malaysia merekodkan sebanyak 2,776 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 395,718 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
9. Pelajar tidak perlu hadir sekolah lebih sebulan, PdPR 2 minggu selepas cuti Aidilfitri - Radzi Jidin
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan untuk melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu selepas cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri.
10. COVID-19: Malaysia sekat penerbangan dari India
Kerajaan menyekat penerbangan keluar masuk dari India ke negara ini bagi mencegah kemasukan varian baharu COVID-19 dari negara itu, berkuat kuasa Rabu ini.
#berita pilihan #berita tumpuan #berita utama #berita Malaysia #berita tempatan #Astro Awani