KUANTAN: Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dan Datuk Liow Wei Loon, ditarik balik dan dibatalkan serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang merangkap Pendaftar Darjah, Datuk Seri Sallehuddin Ishak berkata, keputusan itu atas titah Yang di-Pertuan Agong selaku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Penarikan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Liow Soon Hee dan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada Liow Wei Loon, berkuat kuasa dari pada 21 April 2021 melalui satu kenyataan yang keluarkan oleh Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak pada 26 April 2021.

Sebelum ini dilaporkan, ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee yang disyaki terlibat dengan aktiviti jenayah terancang antarabangsa dan pengubahan wang haram masih dalam buruan polis.

Pada awal bulan ini seramai 14 ahli 'Geng Nicky' termasuk Liow Wei Loon, adik kepada pengasas Winner Dynasty Group, Nicky Liow Soon Hee, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

BACA: Interpol keluar notis merah buru Datuk Seri Nicky

BACA: Pegawai kanan polis terlibat dalam Geng Nicky sudah ditahan - Ayob Khan

BACA: Kes Nicky: Kalau saya tangkap, saya pastikan dia didakwa dan disabit bersalah - Ayob Khan