ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 Jun 2021.

1. 60 peratus kutipan kerajaan pada 2020 melalui e-payment - Muhyiddin

Sebanyak 60 peratus daripada jumlah kutipan kerajaan pada tahun lepas adalah melalui kaedah pembayaran secara elektronik atau e-payment, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2. Tabung Amanah Bencana: Imbuhan tetap penjawat awam dipotong 3 bulan - KSN 

Lebih 800,000 penjawat awam diwajibkan menyumbang kepada Akaun Amanah Bencana bagi tempoh tiga bulan melalui pengurangan elaun berdasarkan gred perkhidmatan sebagai tanda solidariti dalam mendepani pandemik COVID-19.

3. Pakej Bantuan Khas Muar SEJIWA, garis tiga fokus utama - Syed Saddiq

Menerusi inisiatif itu, beliau menggariskan tiga fokus utama SEJIWA meliputi pendidikan, bantuan makanan dan urusan vaksinasi.

4. Lim Kok Wing meninggal dunia

Presiden dan pengasas LimKokWing University of Creative Technology, Tan Sri Lim Kok Wing dilaporkan meninggal dunia pada usia 75 tahun pada Selasa.

5. Rotan anak: Rayuan bekas suami Ziana Zain ketepi sabitan, hukuman penjara didengar 15 Sept

Rayuan bekas suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan kerana merotan tangan anak lelakinya, akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 15 Sept ini.

6. COVID-19: Kes kembali melonjak, 7,105 kes baharu

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Selangor kekal menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi, 2,068 kes.

7. Kilang minuman keras diarah tutup serta-merta - Ismail Sabri

Kerajaan telah mengarahkan operasi kilang minuman keras ditutup berkuat kuasa serta-merta dalam tempoh 'total lockdown'.

8. COVID-19: 27 kluster baharu, 688 kluster masih aktif

Sejumlah 27 kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan majoriti kluster adalah melibatkan tempat kerja.

9. Kisah penggali kubur: 'Kasihan, jenazah pesakit COVID-19 tidak boleh ditatap, dicium...'

Apabila hilang ahli keluarga akibat COVID-19, kesedihan para waris akan lebih terasa kerana tidak dapat menatap wajah, memeluk dan mencium jenazah buat kali terakhir.

10. TUDM sahkan 16 pesawat tentera China memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebanyak 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) menghampiri ruang udara Malaysia pada Isnin.