ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 Jun 2021.


1. Perdana Menteri selesai menghadap Agong dalam pertemuan lebih sejam

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara jam 8.56 pagi, di sini, hari ini.



2. Tajuddin dikompaun RM1,500 gagal pakai pelitup muka semasa sidang media

Bekas Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun RM1,500 kerana gagal memakai pelitup semasa mengadakan sidang media berkaitan kemalangan tren LRT di stesen KLCC, pada 25 Mei.


3. Vaksin COVID-19: Negara capai sasaran 150,000 suntikan harian

Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 negara mencapai sasaran lebih 150,000 pada 8 Jun. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) jumlah keseluruhan dos yang dicapai adalah 151,309.

4. Agong berkenan adakan Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja 16 Jun ini

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menganjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun ini.

5. Top Glove rekod untung bersih RM2.06 bilion untuk suku ketiga 2021

Syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove Corp Bhd (Top Glove) hari ini mengumumkan untung bersihnya pada suku ketiga (Q3) tahun kewangan 2021 melonjak kepada RM2.06 bilion daripada RM347.9 juta pada tempoh sama tahun lepas.

6. COVID-19: Kes kembali melonjak, 6,239 kes baharu dan 75 kematian

Kes baharu COVID-19 negara kembali melonjak selepas merekodkan 6,239 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

7.  Menara Merdeka 118 kini jadi bangunan pencakar langit tertinggi di Malaysia

Menara Merdeka 118 di ibu negara melakar sejarah sebagai bangunan tertinggi di Malaysia apabila lantai tingkat ke-118 bangunan itu telah siap dibina.

8.  Lee Zii Jia, Soniia Cheah antara lapan pemain badminton layak ke Olimpik Tokyo - BAM

Lapan pemain badminton negara berjaya menempah tempat ke Sukan Olimpik di Tokyo yang dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

9. Tubuh MAGERAN? 'Keadaan sekarang jauh berbeza dengan Darurat Keselamatan 1969' - Ketua Setiausaha Sulit PM

Darurat yang berkuat kuasa pada masa ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan Darurat Keselamatan pada 1969, justeru cadangan mewujudkan sebuah badan yang berkuasa mutlak seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) bukanlah satu langkah yang sesuai.

10. Pakej Kita Selangor 2.0: RM200 juta laksana SCVP, percepat proses vaksinasi

Selangor bakal melaksanakan Program Vaksinasi COVID-19 Negeri Selangor (SCVP) seiring usaha mempercepatkan kadar vaksinasi di seluruh negeri itu menerusi peruntukan RM200 juta.