awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri selesai menghadap Agong dalam pertemuan lebih sejam

Firdaus Azil, Hasimi Muhamad
Firdaus Azil, Hasimi Muhamad
09/06/2021
01:02 MYT
Perdana Menteri selesai menghadap Agong dalam pertemuan lebih sejam
Muhyiddin selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara jam 8.56 pagi. -Astro AWANI/Hasimi Muhamad
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara jam 8.56 pagi, di sini, hari ini.
Pertemuan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dengan Al-Sultan Abdullah berlangsung selama sejam.
Istana Negara menerusi kemas kini di laman Instagramnya memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, untuk mesyuarat Pra-Kabinet.
“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” demikian menurut kenyataan tersebut, pada Selasa.
View this post on Instagram
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)
Terdahulu, Muhyiddin menjadi ketua parti pertama menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas tiba di Istana Negara pada pukul 7.50 pagi.
Beberapa siri pertemuan ketua-ketua parti politik dengan Al-Sultan Abdullah dijangka diadakan secara berasingan di Istana Negara bermula hari ini.
Antara pemimpin yang telah mengesahkan kehadiran ialah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual pada pukul 10 pagi ini.
Selain itu, turut mengesahkan menerima perkenan menghadap ialah parti DAP, yang akan diwakili oleh setiausahanya Lim Guan Eng pada sebelah petang.
Difahamkan, Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan diwakili Presidennya, Mohamad Sabu akan turut mengadakan pertemuan hari ini.
Setakat ini, UMNO masih belum mengesahkan sesi pertemuan dengan Seri Paduka Baginda.
Dalam perkembangan sama, parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) turut mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Yang di-Pertuan Agong
#kabinet
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan