MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 Jun 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 Jun 2021.
PROGRAM Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencatat rekod vaksinasi harian tertinggi pada Selasa dengan pemberian 250,529 dos, sekali gus menghampiri sasaran vaksinasi harian 300,000 yang ditetapkan kerajaan pada bulan Ogos.
Perbanyakkan wad isolasi hospital, elak sebaran COVID-19 di udara
2. Situasi pandemik yang tidak menentu dengan kes jangkitan harian yang masih lagi tinggi iaitu sekitar 4,000 ke 5,000 kes setiap hari, cukup membimbangkan walaupun sudah tiga minggu sekatan pergerakan penuh dilaksanakan di seluruh negara.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berkata, pelan itu memberi keyakinan kepada pekerja dan perniagaan kerana ia menyediakan garis masa yang jelas tentang pembukaan semula ekonomi Malaysia.
Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia bagi tahun 2021 dijangka tumbuh 4.5 peratus, menurut Bank Dunia, sekali gus menyemak turun unjuran sebanyak 1.5 peratus.
Ia jangkaan lebih awal berbanding sasaran yang ditetapkan menjelang November atau Disember seperti dinyatakan dalam Pelan Pemulihan Negara.
Seorang tukang cuci didakwa di Mahkamah Majistret George Town atas pertuduhan membunuh seorang pejalan kaki ketika melarikan diri sewaktu dikejar polis dalam kejadian di Jalan Perak, Pulau Pinang pada 15 Jun lepas.
Kerajaan perlu membuat keputusan bagi memanggil sidang Parlimen lebih awal berbanding tempoh 14 hari seperti yang didesak UMNO.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 711,006 kes.
Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersetuju Parlimen bersidang semula, namun tidak akan menyokong usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan pada sidang berkenaan kelak.
Surat yang tersebar di media sosial mendakwa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan diri sebagai sebagai Perdana Menteri adalah palsu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami