ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 Jun 2021.
1. Fasa 1 kawalan pergerakan akan kekal - Perdana Menteri
Fasa 1 kawalan pergerakan kekal dalam Pelan Pemulihan Negara sehingga tiga indikator yang digariskan dicapai, iaitu jumlah kes harian, tahap sistem kesihatan awam dan kadar vaksinasi.
2. Pelan Pemulihan: Bantuan lebih komprehensif diumum pada Isnin atau Selasa
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bantuan menyeluruh itu dijangka memanfaatkan lebih 12 juta isi rumah.
3. Moratorium: Kini bola di tangan Bank Negara Malaysia - Penganalisis Ekonomi
Dr Mohd Yusof Saari berkata, tiba masanya bank memainkan peranan moral, untuk bersama membantu rakyat yang berdepan kesesakan ekonomi akibat pandemik ini.
4. Dadah bernilai RM6.4 juta disorok dalam kereta Bentley, dua lelaki direman
Dua lelaki ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas polis menemui dadah seberat 128.78kg yang disorok dalam bonet kereta mewah di sekatan jalan raya Plaza Tol Gopeng pada Rabu.
5. Kembar seiras tertukar, hanya diketahui selepas 20 tahun
Dua keluarga melalui kisah tragis apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lepas, rupa-rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
6. PdPR: Perahu jadi 'bilik darjah' Cikgu Nasir di Kinabatangan
Nasir Mohamed Jamal, guru Sekolah Kebangsaan Desa Permai, turut menggunakan perahu untuk menghantar modul pembelajaran setiap minggu kepada murid.
7. Tutup kilang, usah hukum rakyat yang patuh SOP - Ketua Pemuda Pas
Kegagalan sektor perkilangan untuk patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) membantutkan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19.
8. "Saya sudah dapat kerja... terima kasih rakyat Malaysia" - Ibu tunggal M40
Kisah penderitaan yang dilalui seorang ibu tunggal, Suzanne Anton, membuka mata semua pihak bahawa pandemik turut memberi kesan bukan sahaja kepada golongan B40 bahkan turut menjejaskan kelompok M40.
9. Premis makanan dibenar beroperasi 6 pagi hingga 10 malam - Ismail Sabri
Bermula esok, premis kedai makan dan restoran dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi premis makanan juga dibenarkan mula beroperasi seawal jam 6 pagi.
10. SOP Fasa Pelan Pemulihan Negara, ini perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan
Pergerakan rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan pada Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), kecuali bagi pergerakan guru sekolah dan pelajar kelas peperiksaan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Astro Awani
Sun Jun 27 2021
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 Jun 2021.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.