Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 12, 2021 15:58 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 Julai 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 Julai 2021.
1. Permohonan i-Citra dibuka hari ini
Pencarum KWSP berusia 55 tahun ke bawah boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra mulai hari ini, tiga hari lebih awal daripada tarikh ditetapkan.
2. Ekonomi negara dijangka tumbuh sekitar 4.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz jangka ekonomi negara akan tumbuh pada kadar sekitar 4.0 peratus tahun ini.
3. Indeks Pengeluaran Perindustrian melonjak 26 peratus
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) melonjak 26 peratus pada bulan Mei 2021 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.
4. PKPD: Pekerja sektor perkilangan, pembuatan di Selangor wajib disaring dua kali seminggu - Azmin
Semua pekerja sektor perkilangan dan pembuatan diwajibkan menjalani ujian swab RTK dua kali seminggu bermula 7 Julai lalu. Ia bagi memperketatkan lagi syarat kebenaran pengoperasian kilang di kawasan PKPD di Selangor.
5. Jenazah Benjy selamat dikebumi di Medan
Allahyarham Benjy yang meninggal dunia pada Ahad selamat dikebumikan di Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung, Medan, Indonesia pada Isnin.
6. COVID-19: 8,574 kes baharu, menurun berbanding 9,105 semalam
Sejumlah 8,574 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu, menurun sedikit berbanding 9,105 pada Ahad.
7. Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru didakwa 106 tuduhan rasuah, ubah wang haram RM11 juta
Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Ir Mansor Musa mengaku tidak bersalah atas 106 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram bernilai RM11 juta di Mahkamah Sesyen Butterworth pada Isnin.
8. 'Dine-in' dibenarkan di Sarawak bermula 14 Julai
‘Dine-In’ di restoran antara aktiviti yang dibenarkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua di Sarawak berkuat kuasa 14 Julai ini. Bagaimanapun had bilangan pelanggan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
9. Terbabit aktiviti kejut sahur tidak patuh SOP, lelaki didenda RM20,000
Mahkamah Tinggi di sini, pada Isnin menjatuhkan hukuman denda RM20,000 terhadap seorang lelaki kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan aktiviti kejut sahur, Ramadan lalu.
10. Arab Saudi akhirnya iktiraf vaksin Sinovac
Kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke negara tersebut.
#berita pilihan #berita tempatan #berita utama #Berita AWANI #berita Malaysia #KWSP #COVID-19 #PKP #vaksin #Sinovac