Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 16, 2021 15:59 MYT
Julai 16, 2021 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 Julai 2021.
Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Tengku Adnan atas tuduhan rasuah, sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta diketepikan.
Universiti Awam akan mengurangkan beberapa jenis yuran bagi membantu pelajar yang terjejas akibat masalah kewangan, bermula Semester Kedua Sesi Akademik 2019/20, hingga hari ini.
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.
engedar tunggal Sinovac di Malaysia, Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) menjelaskan, vaksin Sinovac di negara ini tidak ditamatkan sebaliknya pembekalan 12 juta dos vaksin itu kepada kerajaan Persekutuan sudah selesai.
Anak kecil itu tidak menyangka saat itu merupakan malam terakhir dirinya tidur dengan ibu kesayangan.
atuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar jangan sesekali melakukan aktviti rentas daerah atau negeri semasa sambutan Hari Raya Aidiladha.
Saksi-saksi yang ditemui Astro AWANI mengakui, ketika berlindung di rumah kebajikan itu, mereka sering melihat beberapa tindakan kebiadapan dan tidak berperikemanusiaan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim terbabit.
Bagi membendung penularan wabak COVID-19 di Lembah Klang dan meningkatkan kadar penerima vaksin, satu inisiatif baru yang dinamakan Operasi Lonjakan Kapasiti telah dilancarkan.
Bermula 17 Julai warga emas di Kuala Lumpur dan Selangor yang belum menerima janji temu untuk vaksin dibenarkan 'walk-in' (secara terus) di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#Astro Awani
#vaksin
#COVID-19
#PKPD
#Selangor
#Lembah Klang