awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi Lonjakan Kapasiti untuk pastikan warga dewasa di KL, Selangor divaksinasi

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
16/07/2021
10:45 MYT
Operasi Lonjakan Kapasiti untuk pastikan warga dewasa di KL, Selangor divaksinasi
Sehingga 15 Julai, seramai 3.5 juta individu dewasa di Lembah Klang sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bagi membendung penularan wabak COVID-19 di Lembah Klang dan meningkatkan kadar penerima vaksin, satu inisiatif baru yang dinamakan Operasi Lonjakan Kapasiti telah dilancarkan.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menjelaskan Operasi Lonjakan Kapasiti itu telah mendapat persetujuan Majlis Keselamatan Negara.
Khairy memaklumkan maklumat Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan populasi dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur ialah seramai 6.1 juta.
Beliau menjelaskan, sehingga 15 Julai, seramai 3.5 juta individu dewasa di Lembah Klang sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19.
"Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam mencapai persetujuan terhadap operasi ini dan kita bincang secara lanjut pada pagi tadi di peringkat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).
BACA: COVID-19: 12,541 kes baharu, 0.8 peratus libatkan kategori 4, 5
"Menerusi 'operasi lonjakan kapasiti', kita akan pastikan setiap individu dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor akan terima sekurang-kurangnya satu dos menjelang 1 Ogos.
"Sehingga 15 Julai, seramai 3.5 juta individu dewasa telah menerima dos pertama vaksin, menjelang 25 Julai kita menjangkakan seramai 1.3 juta menerima dos pertama vaksin.
"Manakala bakinya dapat diselesaiakan pada 1 Ogos nanti, itu sasaran kita," katanya pada sidang media khas CITF secara maya, pada Jumaat.
Sehingga kini, seramai 4,158,617 telah lengkap menerima dua dos vaksin di seluruh negara manakala jumlah vaksin harian pula sebanyak 460,158.
BACA: Vaksin COVID-19: Suntikan harian cecah 460,158, tertinggi pernah direkodkan
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Operasi Lonjakan Kapasiti
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Kuala Lumpur
#Selangor
#PICK
#Majlis Keselamatan Negara
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan