Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 27, 2021 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 Julai 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 Julai 2021.
1. [LAPOR LANGSUNG] Isu pembatalan Ordinan Darurat hangatkan Mesyuarat Khas Parlimen
Perkara berkaitan pembatalan Ordinan Darurat dibangkitkan pada permulaan sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang menuntut penjelasan segera dan penerangan kerajaan berhubung perkara itu.
2. Vaksin COVID-19: Suntikan harian tertinggi 521,923 dos semalam
Pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencatatkan kadar tertinggi pada Isnin apabila sejumlah 521,923 dos diberikan.
3. Sistem e-Tanah diguna pakai seluruh negara pada 2024 - PM Muhyiddin
Sistem e-Tanah secara Kerjasama Awam Swasta (PPP) dijangka diguna pakai di seluruh negara selewat-lewatnya pada 2024.
4. Mesyuarat Khas Parlimen: Dr Adham pertahan kewajaran tidak guna Ivermectin rawat COVID-19
Isu penggunaan Ivermectin, iaitu sejenis ubat antiparasit, untuk merawat pesakit COVID-19 menghangatkan sesi penggulungan Ahli Parlimen mengenai Tindakan Mengatasi COVID-19 hari ini.
5. Mesyuarat Khas Parlimen: Penjelasan isu Ordinan Darurat pada Isnin, tegas Speaker
Meskipun didesak berulang kali, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun tetap dengan keputusannya mengarahkan penjelasan berhubung pembatalan Ordinan Darurat dibuat pada Isnin depan.
6. Kapasiti PKRC seluruh negara capai 61 peratus - Dr Adham
Negara kini berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang lebih mencabar terutama dengan kemunculan beberapa varian baharu yang agresif, sekali gus meningkatkan kadar kebolehjangkitan wabak itu di Malaysia.
7. COVID-19: 16,117 kes baharu, Selangor tertinggi dengan 6,616 kes
Angka jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan 16,117 kes dalam tempoh 24 jam lalu, meningkat berbanding 14,516 kes semalam.
8. 35 lokaliti di 5 negeri dikena PKPD bermula Khamis - Hishammuddin
Sebanyak 35 lokaliti di Pahang, Kelantan, Johor, Sarawak dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 29 Julai hingga 11 Ogos.
9. Olimpik Tokyo: Aaron-Wooi Yik layak ke suku akhir badminton
Pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik layak ke suku akhir Olimpik Tokyo 2020 selepas mengalahkan pasangan Jason Ho-Shue-Nyl Yakamura dari Kanada, malam ini.
10. Olimpik Tokyo: 'Terima kasih, Malaysia boleh!' - Pemenang pingat emas Filipina hargai layanan mesra rakyat Malaysia
ATLET angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz, melaungkan ucapan terima kasihnya buat Malaysia selepas memenangi pingat emas acara 55 kilogram wanita dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam.
#berita pilihan #COVID-19 #Dewan Rakyat #PICK #PKRC #vaksin