awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Tokyo: Aaron-Wooi Yik layak ke suku akhir badminton

Bernama
Bernama
27/07/2021
13:06 MYT
Olimpik Tokyo: Aaron-Wooi Yik layak ke suku akhir badminton
Pasangan nombor lapan dunia itu, tidak menghadapi banyak masalah dalam mengetepikan cabaran pasangan ke-32 dunia, pada perlawanan Kumpulan D di Musashino Forest Sports Plaza. - Gambar fail/ AP
TOKYO: Pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik layak ke suku akhir Olimpik Tokyo 2020 selepas mengalahkan pasangan Jason Ho-Shue-Nyl Yakamura dari Kanada, malam ini.
Pasangan nombor lapan dunia itu, tidak menghadapi banyak masalah dalam mengetepikan cabaran pasangan ke-32 dunia, pada perlawanan Kumpulan D di Musashino Forest Sports Plaza, di sini.
Lepas tewas 16-21, 19-21, kepada juara dunia tiga kali Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia dalam perlawanan kedua mereka semalam, Aaron-Wook Yik mengawal keseluruhan perlawanan hari ini untuk memenangi perlawanan dalam masa 33 minit.
Aaron-Wooi Yik memulakan cabaran kali pertama mereka di Olimpik pada Sabtu, dengan mengalahkan pasangan Korea Selatan Choi Sol-gyu-Seo Seung-jae 22-24, 15-21.
Terdahulu, pasangan pilihan kedua Ahsan-Hendra mengalahkan pasangan Korea itu 21-12,19-21, 21-18, dalam satu lagi perlawanan untuk mengungguli Kumpulan D, selepas memenangi kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan.
Aaron-Wooi Yik, pemenang pingat emas Sukan SEA 2019, di tempat kedua selepas menang dua kali dan tewas sekali.
Mengikut Persektuan Badminton Dunia (BWF), pada peringkat lapan terakhir itu, Aaron-Wooi Yik menghadapi cabaran terbesar mereka apabila akan bertemu pasangan nombor satu dunia Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon dari Indonesia.
Aaron-Wooi Yik, tidak pernah mengalahkan pasangan pilihan pertama Olimpik itu dalam tujuh pertemuan sebelum ini, sejak pertemuan pertama mereka pada Terbuka Malaysia 2018 sehingga pertemuan terakhir pada All England 2020.
Peringkat suku akhir dijadualkan pada Khamis (29 Julai).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Olimpik Tokyo
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
#suku akhir
#pasangan kanada
#menang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan