awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB Najib esok
SIGGRAPH Asia 2026: Kuala Lumpur lakar sejarah, angkat falsafah 'Human-Centered' dan tema 'Weaving the Future'
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Khas Parlimen: Dr Adham pertahan kewajaran tidak guna Ivermectin rawat COVID-19

Bernama
Bernama
27/07/2021
13:56 MYT
Sidang Khas Parlimen: Dr Adham pertahan kewajaran tidak guna Ivermectin rawat COVID-19
Dr Adham berkata perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana data klinikal bagi membuktikan keberkesanan penggunaan ubat tersebut belum diketahui. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Isu penggunaan Ivermectin, iaitu sejenis ubat antiparasit, untuk merawat pesakit COVID-19 menghangatkan sesi penggulungan Ahli Parlimen mengenai Tindakan Mengatasi COVID-19 hari ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ketika menggulung, bangkit mempertahan serta memperjelas tindakan kerajaan untuk tidak menggunakan ubat itu meskipun didesak oleh beberapa Ahli Parlimen dari blok pembangkang agar penggunaannya dibenarkan dalam rawatan COVID-19.
Isu penggunaan Ivermectin: Hampir 8 minit 'bertikam lidah'
LAPOR LANGSUNG SIDANG MESYUARAT KHAS PARLIMEN DI SINI
JOM PANTAU AHLI PARLIMEN ANDA SEPANJANG SIDANG MESYUARAT KHAS
R.Sivarasa (PH-Sungai Buloh) berpendirian bahawa kebenaran penggunaan Ivermectin perlu diberikan kepada doktor persendirian dalam memberikan rawatan dengan persetujuan pesakit.
Dr Adham berkata perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana data klinikal bagi membuktikan keberkesanan penggunaan ubat tersebut belum diketahui.
"Kita telah beri kelulusan khas ubat itu secara 'off label' bagi ujian klinikal...18 hospital kerajaan terlibat dalam kajian klinikal akan melibatkan 500 pesakit COVID-19. Buat masa sekarang, kita ada 200 pesakit akan sertai kajian ini. Keputusan kajian akan diperoleh September tahun ini.
Penggunaan Ivermectin: Wajar kajian terperinci, rujuk data dan sains
BACA: Mesyuarat Khas Parlimen: Ahli Parlimen PH dikritik desak guna Ivermectin rawat COVID-19
BACA: Penggunaan Ivermectin: Tunggu keputusan ujian klinikal KKM - Pakar kesihatan
"Bukan Ivermectin sahaja untuk rawat COVID-19, jangan kelirukan Dewan dengan kebenaran untuk menggunakan Ivermectin sehingga diketahui data kajian. (Ivermectin) ada kesan sampingan. Negara India dan Peru tarik balik penggunaan Ivermectin... kenapa kita mahu gunakannya kalau tidak ada indikasi?" katanya.
Sivarasa, yang mengalu-alukan kajian itu, bagaimanapun tetap meminta Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tidak menghalang doktor persendirian menggunakan ubat tersebut.
Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) turut mencelah dan berkata: "Jika mereka (pesakit) sanggup mengambilnya (Ivermectin), (maka) berikan kepada mereka."
Terdahulu, isu itu dibangkitkan oleh Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) ketika sesi perbahasan yang meminta kerajaan mempertimbang penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19.
Persidangan Dewan bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesyuarat Khas Parlimen
#Sidang Parlimen
#Ivermectin
#COVID-19
#ahli Parlimen
#Dr Adham Baba
#pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan