MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Julai 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Julai 2021.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pada Februari hingga Jun, sebanyak lapan juta dos diberikan dalam tempoh tersebut.
Mesyuarat Khas Parlimen: Pembangkang usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak
2. Gobind Singh dan Hanipa Maidin kemuka usul supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan susulan pemakluman berkenaan darurat dan ordinan yang disifatkan mengelirukan Dewan Rakyat.
Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita apabila terdapat beberapa pegawai kerajaan di negeri itu yang terlibat dengan kegiatan rasuah.
Polis Pulau Pinang menahan 14 individu bagi membantu siasatan isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam upacara keagamaan bagi urusan kematian di Bayan Lepas, Pulau Pinang baru-baru ini.
Ong Kian Ming (PH - Bangi) merayu semua ahli Parlimen menolak semangat kepartian dan bekerjasama membantu menyelesaikan masalah COVID-19 yang melanda negara sejak tahun lepas.
Tiga individu termasuk bekas wartawan, Wan Norhayati Wan Alias atau lebih dikenali sebagai 'Ibu Yati' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor hari ini atas pertuduhan menjelaskan doktrin palsu berkaitan agama Islam termasuk melalui Facebook, antara Disember tahun lepas hingga Februari tahun ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba adalah antara individu yang menyumbang kepada kejayaan jaguh angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz merangkul emas pertama buat negaranya di Olimpik Tokyo 2020.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 1,061,476 kes.
vaksin AstraZeneca, Pfizer dan Sinovac yang diberikan kepada rakyat Malaysia setakat ini telah terbukti berkesan terhadap varian baharu itu.
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melenyapkan impian bintang Perancis, Brice Leverdez untuk ke peringkat seterusnya selepas dikalahkan dalam perlawanan terakhir Kumpulan M di Plaza Sukan Musashino Forest sebentar tadi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami