awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua vaksin berkesan terhadap varian Delta - Khairy

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
28/07/2021
10:50 MYT
Semua vaksin berkesan terhadap varian Delta - Khairy
Khairy menyimpulkan mana-mana vaksin diterima adalah baik termasuk terhadap varian Delta. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semua jenis vaksin adalah baik dan berkesan dalam mencegah jangkitan varian Delta COVID-19, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menurutnya, vaksin AstraZeneca, Pfizer dan Sinovac yang diberikan kepada rakyat Malaysia setakat ini telah terbukti berkesan terhadap varian baharu itu.
“Setakat kita tahu sekarang, vaksin Pfizer dan AstraZeneca, sudah pun menunjukkan, melalui penerbitan dalam jurnal kesihatan bahawa walaupun ada sedikit penurunan dari segi keberkesanannya terhadap varian Delta, ia masih lagi berkesan.
“Vaksin Sinovac telah pun kita terima maklumat daripada pengeluar sendiri yang mengatakan bahawa Sinovac juga memberi tahap perlindungan yang baik terhadap varian Delta.
“Daripada liputan akhbar yg kita lihat, sebab sebahagian besar di Indonesia, barisan hadapan kesihatan mengambil Sinovac, di sini Pfizer.
“Walaupun berlaku sedikit kematian di sana tetapi jumlah yang terdedah kepada virus yang terpaksa masuk ICU dan meninggal dunia adalah kadar yang rendah,” katanya pada sesi penggulungan dalam Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 di sini pada Rabu.
[LAPOR LANGSUNG] Mesyuarat Khas Parlimen sidang petang hari ketiga bermula
IKUTI SISI TV PARLIMEN ASTRO AWANI DI SINI
Mana-mana vaksin adalah vaksin yang bagus untuk anda - Khairy
Justeru, beliau menyimpulkan mana-mana vaksin diterima adalah baik termasuk terhadap varian Delta.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kulim Bandar Baharu - PH) yang bertanya vaksin mana yang berkesan untuk varian baharu tersebut.
Topic Berkaitan
#vaksin
#berkesan
#AstraZeneca
#Pfizer
#Sinovac
#COVID-19
#Khairy Jamaluddin
#PICK
#Parlimen
#ICU
#varian baharu
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan