awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Tokyo: Dr Adham Baba bantu kejayaan Hidilyn Diaz

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2021
10:31 MYT
Olimpik Tokyo: Dr Adham Baba bantu kejayaan Hidilyn Diaz
Atlet berusia 30 tahun itu melakar sejarah apabila muncul atlet pertama Filipina meraih pingat emas Olimpik dalam acara angkat berat wanita bagi kategori 55 kilogram pada Isnin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba adalah antara individu yang menyumbang kepada kejayaan jaguh angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz merangkul emas pertama buat negaranya di Olimpik Tokyo 2020.
Dalam satu kenyataan media Menteri Kesihatan hari ini, Dr Adham turut bertanggungjawab membantu atlet itu menerima suntikan vaksin COVID-19.
Hidilyn, atau lebih mesra dikenali sebagai Hidi, pernah terkandas di Jasin, Melaka sejak tahun lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Dr Adham adalah insan yang bertanggungjawab membantu Hidi menerima suntikan vaksin AstraZeneca sehingga melayakkan Hidi dan pasukannya dapat berangkat ke Tokyo, Jepun.
BACA: Selepas kisah Hidilyn: Potensi akademi angkat berat di Melaka semakin cerah
BACA: Olimpik Tokyo: 'Terima kasih, Malaysia boleh!' - Pemenang pingat emas Filipina hargai layanan mesra rakyat Malaysia
“Surat yang dihantar oleh Tuan Yang Terutama Charles C. Jose, Duta Besar ke Malaysia kepada Dr Adham telah diberikan kelulusan segera oleh Menteri Kesihatan Malaysia untuk membantu atlet ini yang pada ketika itu sedang menjalani latihan di Jasin, Melaka,” menurut kenyataan itu.
BACA: Kesang Tua, asam pedas dan emas Olimpik: Hidilyn Diaz tak lupa jasa keluarga angkat
Akibat terkandas di Malaysia, kisah Hidilyn menjadikan garaj rumah keluarga angkatnya di Jasin sebagai lokasi latihan mencuri perhatian dunia.
Pemilik rumah berkenaan, Ahmad Janius Abdullah yang juga Timbalan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) membuat beberapa pengubahsuaian di rumah pusaka ibu mertuanya di Kampung Kesang Tua bagi membantu latihan Hidilyn.
Olimpik Tokyo | Hidilyn Diaz tidak lupa jasa keluarga angkat
Atlet berusia 30 tahun itu melakar sejarah apabila muncul atlet pertama Filipina meraih pingat emas Olimpik dalam acara angkat berat wanita bagi kategori 55 kilogram pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Adham Baba
#Menteri Kesihatan
#Olimpik
#Hidilyn Diaz
#Jasin
#Melaka
#PKP
#Tokyo
#vaksin
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan